00:00Agensi Kawalan dan Perlindungan Sepadan Malaysia AKPS Pelabuhan Kelang menyita konsainan dagangan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari
00:12India di Pelabuhan Kelang pada Jumaat lalu.
00:14Komender AKPS Pelabuhan Kelang, Datuk Nik Izani Mahmud Faisal berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasaan pada jam 10.40 pagi
00:25mengesan ketidakpadanan antara dokumen sijil halal dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada Permit Import.
00:34Jelas AKPS Pelabuhan Kelang, dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut.
00:43Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
00:52Tambah Nik Izani, barangan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia bagi tindakan lanjut.
00:59Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.