00:00Ukraine mengesan persiapan Rusia untuk melancarkan serangan baru yang menyasarkan infrastruktur tenaga, jambatan merentasi sungai Nipro serta kemudahan awam di
00:09negara itu.
00:09Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata, maklumat risikan menunjukkan Rusia sedang merancang serangan berkenaan, sekaligus mendorong tentera udara dan akatan tentera
00:18Ukraine memperkukuh persiapan pertahanan.
00:21Menerusi ucapan video, Zelensky memberi amaran bahawa Ukraine berdepan cabaran besar untuk menangkis kemungkinan serangan itu.
00:28Beliau turut menegaskan keperluan mendesak mendapatkan peluru pemintas bagi sistem pertahanan udara Patriot selain meminta negara rakan tidak menangkuhkan penghantaran
00:36bekalan ketenteraan yang telah dipersetujui.
00:39Menurut Zelensky, setiap perjanjian dan jadual penghantaran amat penting bagi memastikan keupayaan Ukraine mempertahankan ruang udaranya.