00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius sebarang aktiviti penambakan tanah, pembangunan atau penjualan lot yang tidak mematuhi peraturan khususnya di
00:08kawasan jelapang padi yang menjadi aset strategik kepada keterjaminan makanan negeri.
00:13Pengurusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Agro Teknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol berkata,
00:21Majlis Bandaraya Seberang Perai MBSP ketika ini sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran.
00:28Jelasnya tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 19 Kurungan 1 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Kurungan Akta 172.
00:37Kesalahan berkaitan boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau penjara hingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
00:45Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran penjualan lot tanah sawah tanpa kelulusan perancangan.
00:52Rashidi berkata kawasan jelapang padi bukan sekadar tanah pertanian tetapi sumber rezeki pesawah dan aset penting
00:58bagi menjamin bekalan makanan rakyat.