00:00Saya bertemu semula ahli majlis bandaraya Los Angeles berhaluan progresif Nitya Rahman memenangi pilihan raya Datuk Bandar Los Angeles.
00:09Ia sekaligus meletakkannya di landasan untuk menjadi individu pertama keturunan Asia Selatan mengetuai bandaraya kedua terbesar di Amerika Syarikat itu.
00:21Lapor media antarabangsa Rahman memperoleh 52% undi untuk menewaskan penyandang Karen Bass dalam keputusan yang diumumkan pada Khamis.
00:30Kemenangan Rahman dianggap signifikan kerana beliau berjaya mengatasi Bass yang mendapat sokongan beberapa tokoh kanan Demokrat termasuk Governor California Gavin
00:38Newsom dan bekas naik Presiden Kamala Harris.
00:41Kampen Rahman turut mendapat sokongan Democratic Socialist of America, DSA, ketika gerakan politik berhaluan kiri itu mencatat peningkatan pengaruh menerusi
00:50beberapa kemenangan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika.
00:54DSA mendakwa telah menyumbang kepada sekurang-kurangnya 300 pencalonan atau referendum dalam pilihan raya berkenaan dan menjangkakan lebih 100 daripadanya
01:03berakhir dengan kemenangan.
01:04Dilahirkan di India, Rahman pernah bekerja sebagai perancang bandar sebelum mencuburi politik.
01:10Beliau pada mulanya menokong usaha pemilihan semula Bass namun mengubah pendirian dan menyertai persaingan merebut jawatan Datuk Bandar pada Februari
01:18lalu hanya beberapa jam sebelum tarikh akhir pencalonan.
01:22Dalam ucapan kemenangannya, Rahman berjanji untuk mengembalikan Los Angeles sebagai sebuah bandar raya yang bercita-cita tinggi, kreatif dan berdaya
01:30saing.
01:30Beliau turut berikra untuk memperluaskan penyediaan perumahan mampu milik, menambah baik perkhidmatan bandar yang terabai dan menengani isu kelandangan.
01:38Selain itu, Rahman menyeru agar Ketua Polis Los Angeles digantikan sesulang kebimbangan mengenai kerjasama jabatan itu dengan pihak berkuasa Imigresen
01:46Persekutuan.