00:00Baik, seterusnya Bursa Malaysia mengarahkan Zetrik AI berhad untuk menyelesaikan isu kegagalan pembayaran dividen akhir tahun 2025 sebelum 23 November
00:10ini dan mendedahkan maklumat penting yang berkaitan selewat-lewatnya pada 11 November.
00:16Bursa Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan kebimbangan terhadap kegagalan Zetrik AI membayar dividen, kedudukan kewangannya, bayaran tertunggak kepada Jabatan
00:27Pengangkutan Jalan JPJ dan lembaga hasil dalam negeri LHDN serta peletakan jawatan pengarah bebas dan jurul audit luar syarikat itu.
00:39Selain itu, turut dibangkitkan ialah kebimbangan mengenai skim opsien saham pekerja SOSP syarikat dan kesan penggantungan pelantikannya sebagai ejen kutipan
00:49JPJ.
00:50Menurut kenyataan itu, sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan, Bursa Malaysia perlu memastikan semua fakta dan keadaan yang berkaitan telah diteliti sepenuhnya,
01:01bukti yang menyokong penemuan pelanggaran telah dinilai dengan teliti dan keperluan prosedia yang terpakai telah dipenuhi.
01:10Tambahnya membuktikan berlakunya sesuatu pelanggaran tidak bermakna keperluan untuk mematuhi proses wajarnya boleh diketepikan.
01:18Ujah Bursa Malaysia lagi, sebarang keputusan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan mestilah berasas serta disokong alasan yang jelas dan mampu dipertahankan
01:30apabila diteliti.