00:00Seterusnya, Kerajaan Indonesia diminta menilai semula tahap kesiapsiagaan aset serta prosedur operasi pemadaman, kebakaran hutan dan tanah susulan kematian tiga
00:11anggota Tentera Nasional Indonesia TNI di Kalimantan Tengah pada Rabu.
00:16Memetik kompas, perkara itu dikemukakan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat DPR Republik itu, Daniel Johan pada Jumaat.
00:24Daniel berpendapat penilaian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan setiap operasi pemadaman, kebakaran hutan dan tanah dilaksanakan dengan tahap kesiapsiagaan dan
00:35mitigasi risiko yang mencukupi.
00:40Ahli politik Parti Kebangkitan Bangsa PKB itu turut meminta kerajaan menjadikan hasil siasatan kemalangan sebagai asas untuk menambah baik aspek
00:49keselamatan operasi pemadaman, kebakaran pada masa hadapan.
00:53Menurut Daniel, kerajaan perlu memastikan ketersediaan peralatan, perlindungan keselamatan pekerjaan serta sokongan logistik untuk semua petugas yang menjalankan tugas di
01:03lapangan.
01:04Selain penilaian aspek keselamatan, Daniel meminta kerajaan memberikan rawatan terbaik kepada petugas yang cedera serta sokongan kepada keluarga mangsa.
01:13Pada rabu, helikopter MI-17V-5 milik Tentera Darat Indonesia mengalami kemalangan ketika menjalankan misi pemadaman di kawasan Taman Negara
01:23Tanjung Puting, Kalimantan Tengah.
01:25Kemalangan berlaku ketika helikopter yang membawa lapan anggota tentera perkenaan melakukan pengambilan air bagi misi pengeboman air.
01:32Lima anggota dilaporkan menerima rawatan perubatan, manakala tiga lagi disahkan meninggal dunia.
01:38Terima kasih telah menonton!