Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dijangka menerima kehadiran kira-kira 175,000 penumpang sepanjang tempoh perayaan Deepavali tahun ini, meningkat 20 peratus berbanding musim perayaan sama tahun lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, perkembangan seterusnya terminal bersepadu selatan TBS dijangka menerima kehadiran kira-kira 175,000 penumpang sepanjang tempoh perayaan di Pahwali
00:10tahun ini, meningkat 20% berbanding musim perayaan sama tahun lepas.
00:15Dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Timah Sedang Berhad, Syazwan Mohamad berkata, jumlah itu dijangka direkodkan dalam tempoh 7 hari bermula
00:26Kamis hingga 11 November ini dengan purata kira-kira 25,000 penumpang sehari.
00:33Bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh perayaan, Timah selaku pengendali TBS akan menambah petugas termasuk mengambil pekerja sambilan.
00:41Pihaknya juga meminta ejen tiket dalam talian OTA menghantar petugas mereka bagi memudahkan urusan penumpang yang membeli tiket melalui platform
00:50masing-masing.
00:51Syazwan berkata, TBS juga menjagakan sebanyak 10,000 pelepasan bas dan lebih 4,000 ketibaan bas sepanjang tempoh berkenaan.
00:58Peningkatan permintaan turut dipengaruhi cuti persekolahan dan kehadiran pelancong asing yang memberi tiket pada saat akhir.
01:04Laluan ke Pantai Timur antara yang mendapat permintaan tinggi selain tiket ke beberapa destinasi telah habis dijual setakat pagi Jumaat.
01:11Namun, perjalanan tambahan akan dibuka bagi menampung permintaan.
01:15Mengenai pengurusan tiket, Syazwan berkata, semua maklumat penjualan tiket dan perjalanan perlu dimaklumkan kepada terminal selaras dengan dasar baru Agensi
01:23Pengangkutan Awam Darat APAD yang berkuatkuasa 1 November lepas.
01:27Beliau berkata, daripada purata 18,000 tiket yang dijual sehari pada hari biasa, kira-kira 4,000 dibeli melalui portal
01:35terminal manakala selebihnya melalui platform luar.
01:38Syazwan turut mengingatkan penumpang yang membeli tiket melalui OTA supaya memastikan mereka menerima pas masuk berkod respons pantas QR untuk
01:47memasuki ruang berlepas dan menaiki pas.
01:49Beliau antara lain menyarankan pembelian tiket melalui aplikasi atau laman web TBS serta mesin tiket yang tersedia di terminal.
01:57Penumpang turut dinasihatkan supaya tiba lebih awal sepanjang musim perayaan dengan mengambil kira keadaan trafik, kesesakan terminal serta masa tambahan
02:04yang diperlukan untuk menyelesaikan urusan pas masuk terutamanya bagi pembelian yang tidak mendapat kod QR perlepasan.
02:12Terima kasih telah menonton!

Recommended