Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi melancarkan lebih 100 serangan ke atas beberapa lokasi di Yaman dalam tempoh 24 jam lalu.
Transcript
00:00Kumpulan Houthi di Yemen mendakwa Pakatan Tentera yang diketuai Arab Saudi melancarkan lebih 100 serangan ke atas beberapa lokasi di
00:07Yemen dalam tempoh 24 jam lalu.
00:09Jurucakap Tentera Houthi, Yahya Saria menerusi platform Media Social X berkata, pakatan tersebut telah melancarkan 104 serangan udara dan peluru
00:18berpandu.
00:22Menurutnya, serangan menyasarkan ibu negara Yemen, Sana'a serta wilayah Al-Jauf, Al-Baida, Sa'adah, Amran, Marib, Paiz dan
00:30Laj.
00:31Serangan mengakibatkan puluhan korban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
00:36Kenyataan itu menambah jumlah serangan udara dan peluru berpandu Arab Saudi ke atas Yemen kini mencecah 4,136 sejak tercetusnya
00:45pusingan terbaru peningkatan ketegangan ketenteraan.
00:47Beberapa jam sebelum itu, Yahya menerusi muat naik di laman sama berkata, Houthi telah melancarkan beberapa operasi ketenteraan terhadap sasaran
00:55di Arab Saudi.
00:57Ujarnya, Houthi telah menyerang lapangan terbang antarabangsa King Khalid di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.
01:03Houthi juga melancarkan tiga operasi ketenteraan pada pagi Rabu.
01:07Ia melibatkan serangan drone terhadap sebuah fasiliti radar di semenanjung Kahmah, Utara Jizan,
01:12serangan peluru berpandu balistik ke atas Kem Akifah di Najran
01:17berpandu balistik ke atas bangunan kawalan dan operasi pasukan pengawal sempadan di Jizan.
01:22Riyadh setakat ini belum mengeluarkan kenyataan terhadap dakwaan itu.

Recommended