Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perjanjian berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek multi-produk pipeline MPP dan trans-sabah gas pipeline TSGP kepada RM3
00:10bilion.
00:10Mersi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di Utara Perak dan Pulau Pinang.
00:18Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata perjanjian penyaluran semula pinjaman antara Suria Strategic Energy Resources Sendirah Berhad, SSER, dengan
00:27Export Import Bank of China, Saksim itu dimeterai pada 30 Oktober lalu.
00:34Jadi apa projeknya? Projek RM5 bilion itu ialah membiayai skim bekalan air seluruh Perak, terutama Utara Perak dan Pulau Pinang.
00:49Kalau kita tak teruskan ke perjanjian tersebut, kerugian keseluruhannya ada RM8 bilion.
00:56Walaupun perjanjian itu dilakukan, ada juga sedikit kerugian, terutama kerana projek itu telah sebagai kecil telah dijalankan, 18, 12, 20%.
01:07Perjanjian penyaluran semula pinjaman di Menteri mengurangkan kerugian negara kepada RM3 bilion, termasuk RM1,5 bilion yang telah diusahakan.
01:17Jadi kita dapat balik sekitar RM5 bilion dari projek Perak dan bekalan air ke Pulau Pinang.
01:28Mengulas lanjut, Anwar berkata setakat 2018 sebanyak RM8.3 bilion atau 88% daripada nilai kontrak dibayar,
01:38sedangkan kemajuan kerja yang dilaporkan bagi kedua-dua projek hanya 13%.
01:43Bagaimanapun beliau berkata angka kemajuan kerja berkenaan belum diaudit atau disahkan.
01:50Semakan turut mendapati urusan tanah serta keboleh laksanaan pembekalan gas bagi TSGP dan hak pemasangan saluran pipe bagi MPP masih
02:00belum diselesaikan.

Recommended