00:00Prestasi sektor hartanah dijangka terus terbatas dengan tekanan kos berterusan, sentimen pengguna yang berhati-hati serta ketiadaan pemangkin pertumbuhan yang
00:10ketara.
00:11Menurut firma penyelidikan MBSB Research, meskipun permintaan hartanah masih lagi stabil, faktor-faktor tersebut berupaya menjejaskan kemampuan untuk membeli rumah
00:19sekaligus mempengaruhi momentum jualan para pemaju.
00:24Selain itu katanya, ketegangan geopolitik di Asia Barat, kenaikan harga minyak dan peningkatan hasil bon turut menjejaskan sentimen pelabur terhadap
00:32sektor berkenaan.
00:34Justru ia menjangkakan prestasi keuangan pemaju hartanah kekal bercampur berikutan tekanan margin keuntungan dan cabaran operasi, selain tiada pemangkin keuntungan
00:42yang ketara dalam tempoh terdekat.
00:44Firma itu juga tidak menjangkakan kejutan besar dalam keputusan keuangan suku ketiga 2026.
00:50Katanya keuntungan lebih tinggi yang dilaporkan sesetengah syarikat sebelum ini, sebahagian besarnya disumbang oleh keuntungan luar biasa, termasuk daripada aktiviti
00:58pelupusan tanah.
00:59Justru ia tidak menjangkakan tren pertumbuhan keuntungan yang menyeluruh berdasarkan operasi teras peniagaan pemaju hartanah,
01:05dengan tekanan kos dijangka kekal tinggi dan sentimen pembeli terus dipengaruhi persekitaran perbelanjaan yang meningkat.
01:12Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah meningkat 12.6% tahun ke tahun pada September 2026,
01:21selepas mencatatkan penurunan 4% pada Ogos.
01:24Bagi tempoh 9 bulan pertama 2026, jumlah permohonan pinjaman hartanah meningkat 2.6% tahun ke tahun kepada RM502.7
01:33bilion,
01:35menunjukkan sentimen pembelian secara keseluruhan masih stabil, walaupun pengguna berdepan dengan persekitaran kos yang lebih tinggi.
01:42Kelulusan pinjaman juga mencatatkan peningkatan 7.2% tahun ke tahun pada September, selepas merosot 13.3% pada Ogos.
01:51Bagaimanapun, jumlah kelulusan pinjaman terkumpul kekal rendah sebanyak 0.6% tahun ke tahun,
01:57atau RM211.2 bilion mencerminkan cabaran yang mungkin terus dihadapi pemaju dalam persekitaran jualan hartanah.
02:05Sehubungan itu, MBSB Research mengekalkan saranan neutral terhadap sektor hartanah,
02:10berikutan ketiadaan pemangkin jangka pendek yang ketara, serta sikap berhati-hati pengguna.