Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Ab Rauf menegaskan projek terbengkalai di Melaka diwarisi daripada beberapa pentadbiran terdahulu, termasuk ketika negeri diterajui pihak lawan.
Transcript
00:00Beralih keperkembangan Melaka memilih, isu projek terbelengkalai di Melaka bukan hanya membabitkan pentadbiran kerajaan negeri ketika ini, sebaliknya turut diwarisi
00:08daripada beberapa kepimpinan terdahulu.
00:11Ketua Menteri, Datuk Sri Abdul Raof Yusof berkata, pelaksanaan projek pembangunan melibatkan proses panjang yang merentasi beberapa pentadbiran, termasuk ketika
00:20negeri itu diterajui oleh pihak lawan.
00:24Perjalanan projek ini adalah satu perjalanan yang terlalu panjang, ianya diwarisi dari satu Ketua Menteri kepada satu Ketua Menteri, termasuk
00:33sahabat kita yang pernah jadi Ketua Menteri, sahabat sebelah sana.
00:37Biar menjelaskan, sebahagian projek berkenaan merupakan inisiatif swasta, termasuk monorail Melaka dan pembangunan tambak laut yang berdepan kekangan keuangan.
00:45Bagaimanapun, beliau tidak berhasrat mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memulihkan projek bermasalah secara berperingkat.
00:54Tapi saya mengatakan bahawa segala usaha untuk memulih semula projek ini sedang saya jalankan dan insyaAllah kalau diizinkan Allah SWT,
01:07saya diberi mandat insyaAllah sebaik mungkin projek-projek yang terbekala ini akan dipulihkan secara beransur-ansur mengikut kesesuaian faktor ekonomi
01:17semasa.
01:19Beliau berkata demikian, selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Dun Air Mulik di Taman Tambak Paya Harmoni pada Selasa.
01:25Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Manifesto Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Melaka akan dilancarkan pada Jumaat ini, jam 5 petang,
01:33di MITC.
01:37Terima kasih.

Recommended