Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bantuan tambahan akan disalurkan kepada mangsa banjir di Selangor, selain usaha mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.
Transcript
00:00Pada kerajaan memberi perhatian terhadap banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di Selangor, susulan hujan lebat yang melanda negeri itu.
00:07Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau keadaan di kampung Melayu Subang Syah Alam antara kawasan yang terjejas
00:14akibat banjir.
00:15Beliau turut diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.
00:22Penduduk di kampung Melayu Subang Syah Alam antara yang terjejas akibat banjir apabila kediaman mereka dinaiki air sehingga menyebabkan kebanyakan
00:34harta benda rosak.
00:36Walaupun keadaan banjir semakin surut, penduduk kini berdepan cabaran untuk membersihkan kediaman mereka masing-masing dan menilai kerugian.
00:47Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari dan Menteri Sumber Manusia
00:56Datuk Seri R. Ramanan
00:58turut hadir meninjau sendiri keadaan penduduk yang terjejas banjir.
01:04Dalam lawatan itu, Perdana Menteri menyentuh soal bantuan kepada mangsa dan keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tempatan banjir.
01:15Lawatan itu memberi tumpuan kepada keadaan penduduk yang terkesan serta keperluan bantuan susulan bencana banjir.
01:23Mangsa-mangsa itu tak apa, kita akan luluskan dan mengumumkan dari kerajaan negeri dan juga ramanan sebagai wakil rakyat, kita
01:33akan segerakan.
01:34Tak apa. Tapi yang saya bimbang ini kerana dua-dua tiga kali banjir, jadi dia kena masuk pelabaran sungai, kolam
01:42tambahan dan projek yang itu negeri dan juga kerajaan persekutuan yang tempatan banjir keseluruhannya, sekitar 500 juta dan keseluruhannya 700
01:51juta, itu sudah diluluskan.
01:53Belia turut memaklumkan, laporan perkembangan projek berkenaan akan diminta pada Jumaat ini bagi meneliti langkah untuk mempercepatkan pelaksanaannya.
02:04Walaupun air semakin surut seperti yang kita lihat, namun kesan banjir masih dirasai penduduk yang terjejas dengan cabaran untuk membersihkan
02:14dan memulihkan kehidupan selepas bencana.
02:18Saya Yasmin Ahmad dengan Jurokamera Ikuan Li untuk Astro Awani.

Recommended