Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung dakwaan peningkatan kadar perbelanjaan kerajaan negeri Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Abdul Rao Yusof mempersoalkan sumber maklumat berhubung dawaan, kadar perbelanjaan kerajaan negeri meningkat 3 kali
00:08ganda berbanding hasil sebenar sepanjang tempoh 2021 hingga 2024.
00:14Menurutnya, sepanjang tempoh 22 tahun, negeri itu pertama kali merekodkan pelaburan tertinggi berjumlah RM14.8 billion pada tahun lalu.
00:24Itu saya tak tahu daripada mana maklumat itu didapati bahawa kita kerajaan negeri saya tak nak komen kerana kalau kita
00:36lihat pada sudut pandangan mereka memang dia akan mencari seribu satu alasan untuk merendahkan keupayaan kerajaan negeri.
00:44Sedangkan, sepanjang tempoh 22 tahun, pada peringkat tahun lepas, sewaktu saya mengurus takbir negeri, kita buat pertama kalinya menerima pelaburan
00:56terbesar dalam negeri Melaka iaitu RM14.8 billion.
01:01Dan soal pendapatan kerajaan negeri juga, kita tak pernah melihat bahawa pembelanjaan melebihi daripada pendapatan.
01:08Saya tak kisahlah apa yang dia nak cakap.
01:12Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin parti bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung dakwaan peningkatan kadar perbelanjaan
01:20kerajaan negeri Melaka.
01:21Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi sebelum ini mendakwa, perbelanjaan kerajaan negeri meningkat pada kadar purata 6.72% setahun
01:29dalam tempoh itu berbanding pertumbuhan hasil kutipan yang hanya 2.28% setahun.
01:35Mengulas lanjut, Ketua Menteri yang juga pengurusi Barisan Nasional Melaka itu menegaskan, dakwaan itu tidak wajar dijadikan ukuran terhadap prestasi
01:42pentadbiran kerajaan negeri tanpa melihat pencapaian dan kedudukan keuangan negeri secara menyeluruh.
01:48Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau juga menafikan dakwaan. Kononnya terdapat 55 projek tertangguh di Melaka.

Recommended