Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sembilan individu terbunuh selepas sebuah jet perniagaan terhempas di kawasan kejiranan di Florida.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sembilan individu terbunuh selepas sebuah jet perniagaan terhempas di kawasan kejiranan di Florida pada Ahad.
00:07Setiausaha pengangkutan Amerika Syarikat Sean Duffy berkata kejadian itu berlaku berhampiran Crest Haven di Palm Beach County
00:14kira-kira jam 12.50 tengah hari waktu tempatan, tidak jauh dari Mar-a-Lago, resort milik Presiden Donald Trump.
00:24Rekaman dari lokasi kejadian menunjukkan sebuah kawah besar terbentuk di jalan kawasan perumahan
00:30dengan serpihan konkret, bangkai pesawat serta tumpukan api bertaburan di sekitar lokasi Nahad.
00:36Menurut pentadbiran penerbangan Persekutuan FAA, pesawat jenis Learjet 60 itu berlepas dari Austin, Texas
00:42dan dalam perjalanan menuju ke Bahamas sebelum terhempas.
00:45Beliau menyifatkan insiden itu sebagai satu tragedi yang mengerikan dan memaklumkan
00:51FAA telah menghantar sepasukan pegawai ke lokasi bagi membantu siasatan
00:55yang diketuai Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, NTSP.
01:00Kejabat Syarif Palm Beach, Connie memaklumkan, nahas berlaku di military trail,
01:04sebuah jalan utama enam lorong yang menempatkan pelbagai premis perniagaan dan restoran.
01:09Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai mengelakkan kawasan berkenaan
01:12dan menggunakan laguan alternatif bagi memudahkan operasi kecemasan dijalankan.
01:17Setakat ini, identiti mangsa yang berada di dalam pesawat belum didedakan.
01:22Manakala pelbagai berkuasa masih menyiasat,
01:24sama ada terdapat mangsa yang cedera atau terkorban di darat akibat nahas berkenaan,
01:29punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.

Recommended