Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pengenalan asas kecerdasan buatan (AI) dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bukan sekadar memerlukan murid celik teknologi, sebaliknya menuntut kesiapsiagaan guru dari segi kemahiran, latihan dan keupayaan mengintegrasikan teknologi itu dalam pengajaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesiapsiagaan guru mengintegrasikan kecerdasan buatan AI dalam pengajaran perlu diberi perhatian menjelang pelaksanaan kurikulum persekolahan 2027.
00:10Profesor Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Profesor Mohd Mahzan Awang berkata,
00:18latihan guru perlu memberi penekanan kepada penggunaan AI dalam pengajaran dan bukan sekadar pengetahuan mengenai teknologi.
00:26Persoalannya adalah adakah guru-guru ini dilatih untuk menggunakan AI dalam pengajaran ataupun kita latih mereka untuk mengajar tentang AI
00:36ataupun apa sebenarnya yang diperlukan di dalam fungsi guru untuk AI, itu yang paling penting.
00:44Pelaksanaan AI secara menyeluruh juga perlu mengambil kira ketidaksamaan akses teknologi antara sekolah di bandar dan luar bandar
00:51selain perbezaan tahap kemahiran dalam kalangan warga pendidik.
00:54Menurut Mohd Mahzan, guru yang kurang kemahiran menggunakan AI berisiko melihat teknologi berkenaan sebagai beban tambahan
01:02sekaligus memerlukan intervensi bersesuaian bagi membantu mereka mengintegrasikan teknologi itu dalam pengajaran.
01:09Pengenalan AI dalam kurikulum sekolah 2027 memerlukan satu kerangka pendekatan pedagogi yang benar-benar bersesuaian dengan keadaan di lapangan.
01:22perlu ada pedagogi yang lebih praktikal dan juga mampu dilakukan oleh guru yang datang daripada pelbagai latar belakang.
01:31Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan perlu memastikan latihan dan sokongan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan sebenar setiap sekolah,
01:39termasuk tahap kemudahan digital serta keupayaan guru.
01:42Ini penting bagi memastikan integrasi AI dalam pendidikan bukan sahaja meningkatkan kemahiran digital murid,
01:49malah tidak memperluaskan jurang pendidikan atau menjejaskan keupayaan mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
01:58Terima kasih telah menonton!

Recommended