Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Azrol Anuar Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 18 tahun itu kira-kira 12.20 tengah hari.

Dalam satu kenyataan pada Ahad (1 November) beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika menjenguk ke bawah dari tembok tangga, sebelum terjatuh dari tingkat dua rumah pangsa berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sedang menyiasat tindakan seorang wanita yang didakwa mengasari dua kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di Ibu Negara,
00:06susulan kejadian itu tular di media sosial.
00:09Ketua Polis Daerah Dangwangi, Asisten Komisional Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 35 saat yang
00:18memaparkan pertengkaran antara dua individu di premis berkenaan yang dipercayai berkaitan dengan insiden itu.
00:26Menurutnya, polis menerima laporan daripada bapa kepada dua kanak-kanak terbabit yang berusia 36 tahun pada jam 7.39 minit
00:34malam.
00:34Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pengadu sedang berjalan bersama dua anaknya yang berusia
00:422 dan 7 tahun.
00:44Seorang wanita yang tidak dikenali didakwa secara tiba-tiba menolak anak lelaki pengadu dari belakang sehingga terjatuh.
00:51Wanita itu juga didakwa memukul bahagian belakang kepala anak perempuan pengadu yang berusia 2 tahun.
00:58Polis memandang serius insiden berkenaan dan kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian serta melengkapkan kertas siasatan mengikut
01:07perutukan undang-undang.
01:09Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menampilkan diri bagi membantu siasatan polis.
Comments

Recommended