00:02Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Don Teluk Mas, Dato' Abdul Razak Abdul Rahman yakin mampu mempertahankan kerusi pada pilihan raya
00:11negeri Melaka ke-16.
00:12Lebih dikenali sebagai Tuk Ajak, beliau menjadikan hubungan kekeluargaan dan rekod perkhidmatan selama 5 tahun bersama penduduk sebagai sandaran menghadapi
00:21pertandingan kali ini.
00:24Kempen ini bukan kita hanya menyantuni pengundi tetapi secara bagaimana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat dan saya ulang
00:37balik, saya dah berkempen 5 tahun dah.
00:39Maksud saya, saya dah menunaikan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat di Don ini, N23 Teluk Mas ini, bermacam-macam program,
00:48bermacam-macam lapisan masyarakat saya santuni bermula daripada anak-anak tadika hinggalah orang dewasa.
00:57Jadi saya yakin dan percaya sepanjang 2 minggu ini, saya seperti biasa lah bagaimana apa yang saya lakukan selama 5
01:09tahun di Teluk Mas ini, saya lakukan seperti biasa.
01:15Jelasnya keakraban bersama penduduk bukan sekadar hubungan antara wakil rakyat dan pengundi tetapi dibina menerusi semangat silaturahim.
01:24Dalam hari itu, beliau mendakwa hampir keseluruhan 10 perkara terkandung dalam 10 janji razak yang ditawarkan pada PRN 2021 telah
01:34dilaksanakan.
01:36Sebelum ini, 2021, waktu itu saya menawarkan diri sebagai calon di Don Teluk Mas ini, saya telah menawarkan 10 janji
01:44razak.
01:4510-10 perkara janji razak ini, Alhamdulillah, kita dah laksanakan dan sudah pasti lah perkara yang baik itu kita akan
01:53teruskan.
01:5410 janji razak itu, kita akan teruskan. InsyaAllah, ada perkara-perkara baik. Saya akan umumkan lagi minggu kedua waktu berkempen
02:05ini. Nantikanlah.
02:06Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan program minum petang bersama penduduk di Warung Imak di Kubur Cina Teluk Mas
02:16pada Sabtu.
02:17Mengulas gelaran Tok Ajak, beliau yang juga ex-ko pelancongan Warisan Seni dan Budaya Melaka berkata,
02:23panggilan itu diberikan penduduk susulan ke Akrabannya dengan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan muda.
02:30Pada PRN Melaka kali ini, kerusi N-23 Teluk Mas menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
02:38Abdul Razak mewakili Barisan Nasional manakala Pakatan Harapan diwakili Kapten Bersara Muhammad Jaafar
02:44dan Parti Bersama Malaysia diwakili Muhammad Hazwan Mustafa.
02:48Pada PRN Melaka 2021, Abdul Razak mendapat majoriti 2076 undi dalam pertandingan empat penjuru.