Skip to playerSkip to main content
'Mereka menghadapi perkara baru setiap hari'

Bila kes buli dan salah laku pelajar semakin membimbangkan, guru dan pempengaruh pendidikan, Cikgu Zack Kirana, mengingatkan ibu bapa agar tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada pihak sekolah

Jangan sampai kita terlepas pandang perubahan sikap anak-anak. Luangkan masa untuk bertanya, mendengar dan memahami dunia mereka sebelum terlambat

Tugas membesarkan anak bukan sekadar memastikan mereka ke sekolah, tetapi juga membimbing mereka memilih jalan yang betul dengan penuh kasih sayang

#SinarPlus #CikguZackKirana #salahlakuremaja #IbuBapa

Category

📚
Learning
Transcript
00:00Nafikan kalau saya sebagai seorang pendidik boleh dengar kejalan sosial macam mana tekanan anak-anak remaja pada hari ini sehingga
00:07mendorong mereka bertindak di luar pemikiran ataupun keberasaan akal
00:11Pasti saya sedih kan tetapi kalau kita tengok mungkin antara punca dia bagi sayalah mungkin suasana di rumah yang mungkin
00:19mak dan ayah sibuk bekerja kan
00:21Sebab untuk kita letakkan tanggungjawab ini pada bahu pihak sekolah tidak adil
00:26Sebab bagi saya pembentukan sahsiah seseorang remaja itu memang perlu dipengaruhi oleh suasana di rumah itu sendiri
00:34Jadi ini mungkin kekurangan yang kita tak nampak ibu bapa mungkin tak sedar perkara ini sampai lah orang kata nasi
00:41sudah menjadi bubur dah terlajak baru kita nak risau kan
00:44Jadi bagi saya perlibatan ibu bapa paling utama
00:47Cikgu bagi saya sebagai satu sistem sokongan untuk mengajar anak-anak membentuk disiplin terutamanya persiapan untuk menghadapi dunia kerjaya
00:57Tetapi dalaman anak-anak ini lebih kepada mak dan ayah
01:01Jadi pesanan saya kepada ibu bapa banyak kan bertanya anak-anak baik ataupun tidak
01:06Kalau kita tengok kan mak dan ayah buat kerja yang sama setiap hari
01:09Tapi kena tahu anak-anak sebenarnya mereka menghadapi perkara baru setiap hari
01:15Silibus hari ini nak bandingkan dengan silibus kita
01:17Saya golongan milenial
01:18Percayalah cakap saya jauh lebih mencabar daripada zaman kita
01:23Dengan dulu kita mungkinlah kita rasa silibus itu tak berapa susah sangat
01:27Tetapi lagi bagus sebab apa?
01:29Sebab sokongan yang kita ada kat kiri keadaan tidak begitu berbahaya
01:32Kalau hari ini gangguan yang ada dekat sekeliling anak-anak itu maksud saya
01:36Dahlah silibus mencabar
01:38Lepas itu ada dorongan pula daripada pengaruh internet, pengaruh rakan-rakan yang negatif
01:42Jadi cabaran anak-anak hari ini sebenarnya perlu ditangani oleh ibu bapa itu sendiri
01:48Jangan lupa tanya anak-anak mereka okey ataupun tidak di sekolah itu dengan siapa mereka berkawan
01:53Sebab kalau kita biarkan orang lain memandu anak-anak kita
01:57Tanpa kasih sayang anak-anak ini percayalah mereka mungkin akan tersalah pilih jalan
02:03Masa itu kalau orang kata nasi sudah menjadi bubur itu
02:07Ibaratnya untuk ibu bapa menangis pun dah tak berlagu
02:14Pertama saya tak boleh menolak faktor-faktor yang anak-anak akan mencari hiburan
02:19Tuntutan kita terhadap hiburan ini memang ada
02:22Manusia memang perlu berhibur kan
02:23Tetapi yang paling penting kalau anak itu masih lagi usia belasan tahun
02:27Di bawah belasan tahun
02:28Panduan itu yang paling penting
02:30Contoh kita tahu anak kita minat main video game kan dan sebagainya
02:34Jadi mak dengan ayah kena tengok
02:36Apakah jenis permainan yang anak-anak kita libatkan diri itu kan
02:40Dan yang paling penting tengok tingkat laku anak-anak
02:43Selepas dia main permainan video itu
02:46Adakah anak aku bertindak macam ni ataupun anak aku bertindak macam tu kan
02:50Sebab bagi saya panduan itu tidak boleh terhenti
02:54Sampai anak-anak itu nanti dah berkahwin
02:56Barulah boleh terhenti
02:57Itu pun kadang-kadang kita perlu lagi bagi panduan kepada anak-anak
03:00Untuk pastikan mereka ini menjadi insan yang hebat
03:03Sampai ke hujung nyawa sebenarnya
03:05Sampai ketiga

Recommended