Skip to playerSkip to main content
Betul ke kalau ada resdung tak boleh makan udang & sotong? Pantang makan nasi pulak macam mana?

Doktor pakar ENT bongkar mitos sebenar tentang alahan makanan vs faktor persekitaran (debu, habuk, hama tilam). Yang paling membimbangkan bila jangkitan sinus dibiarkan nanah boleh merebak sampai ke mata dan otak.

Jangan ambil mudah simptom hidung korang!

🔗 Saksikan penjelasan penuh & rawatan terbaik dalam episod penuh di YouTube SinarPlus : https://youtube.com/live/A-H1UqzRd7Q

#DoktorDanAnda
#DNA
#UiTMPrivateSpecialistCentre
#PakarENT
#PodcastClips
#sinarplus
#sinarharian

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news
Transcript
00:00Boleh ke orang kata jangan makan udang ataupun sotong kalau ada resedung?
00:04Sebab dia berkait rapat juga dengan alahan makanan, Prof.
00:07Betul ke tak betul?
00:08Cik Omar, ini soalan yang saya tunggu juga.
00:13Kita tak boleh nak cakap, oh Cik Omar, Cik Omar memang alah pada udang dan sotong.
00:18Bukan pada debu selagi tak buat ujian alahan.
00:22Mungkin orang tu, orang A memang makanan yang menyebabkan sintem dia tu ada.
00:28Bukannya debu habuk hama ni.
00:30Tapi mungkin orang B makan ok.
00:32Tapi udara, bila masuk aircon je dah start.
00:35Bila duduk tempat sejuk je dah start ada simptom hidung.
00:40Jadi ini semua bergantung pada seseorang tersebut dan genetik orang tersebut.
00:46Jadi kalau nak tahu betul-betul, kena buat ujian alahan.
00:50Kena buat ujian alahan. Dia tak boleh macam sahaja-sahajalah.
00:52Tetapi biasanya kalau orang tu dah daripada dulu makan udang sotong,
00:57dia akan hidung tersumbat berair.
00:59kemungkinan besar kalau kita buat ujian tu, itulah resultnya pun.
01:03Tapi nak confirm tu, untuk pastikan tu, memang ujian alahan akan menentukan.
01:08Jadi memang boleh lah Prof.
01:10Boleh.
01:10Kita tengok macam faktor makanan ni boleh juga mempengaruhi.
01:14Sudah tentu boleh.
01:15Bila kita buat ujian alahan tu, dia ada lebih kurang 50-60 elegen dia test.
01:20bulu kucing, bulu anjing, udang, sotong, debu, habuk, hama, denda, semua.
01:29Gras-gras, rumput pun.
01:31Dia test semua elegen tersebut.
01:33Tengok yang mana badan kita ni, alah pada benda tu.
01:37Dia ada 53 panel semuanya.
01:3853 tu antara yang paling pelik yang tak dijangka.
01:41Kita kena beritahu penonton kita.
01:43Rumput tu lah, rumput tu salah satu.
01:44Ada juga yang pesakit beras ataupun nasi.
01:47Dia test juga nasi dalam tu.
01:49So, kita tak boleh makan lah.
01:51Bukan tak boleh makan.
01:52Kita tak boleh hidup.
01:53Bukan.
01:53Kita kena imbang.
01:55Nak cakap tak boleh makan nasi terus pun susah juga.
01:57Kita kena imbang kualiti hidup dia dengan kesan alahan tersebut lah.
02:02Lepas tu dia dapat bengkak mata.
02:04Adakah itu sebenarnya tanda-tanda amaran sebenarnya Prof?
02:06Itu bukan tanda amaran lagi.
02:08Itu maksudnya dia dah ada komplikasi daripada jangkitan kuman di sinus.
02:12Kerana sinus kita ada empat ni.
02:14Setiap kanan ada empat, kiri ada empat.
02:17Jadi, dia bersebelahan dengan mata kita.
02:21Di bawah mata ada, di atas pun ada.
02:23Jadi, kalau jangkitan kuman tu tak terkawal,
02:26nanah tu mungkin masuk ke lapisah mata.
02:28Itu yang menyebabkan bengkak di mata.
02:31Maksudnya, dah ada komplikasi.
02:32Boleh.
02:33Jangan terkejut.
02:34Jangkitan kuman sinus tu satu boleh pergi ke mata.
02:36Dan kalau tak dirawat tu,
02:38utamanya penyakit ataupun pesakit yang ada penyakit lain
02:41seperti kencing manis ke
02:42yang menyebabkan jangkitan kuman tu boleh jadi lebih sirih,
02:45dia boleh pergi ke otak.
02:46kerana atas sinus ni otak.

Recommended