Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
IRGC mendakwa mengambil alih sistem panduan dan navigasi dron tentera AS sebelum mendaratkannya dengan selamat di barat Selat Hormuz.
Transcript
00:00Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, IRGC, mendakwa berjaya memintas dan menawan sebuah drone pengintip tentera AS di barat,
00:09Selat Hormuz.
00:10Dalam kenyataan pada Khamis, IRGC berkata unit peperangan elektroniknya mengambil alih sistem panduan dan navigasi drone berkenaan sebelum mendaratkannya dengan
00:21selamat.
00:23Iran mengenapasti drone itu sebagai MQM-170 Outlaw yang didakwa digunakan untuk pengintipan dan sebagai umpan.
00:31Menurut kenyataan itu, drone berkenaan ditugaskan mengenapasti sistem pertahanan udara Iran di sepanjang pesisi selatannya.
00:37IRGC telah mendakwa data yang diperoleh menunjukkan drone itu berlepas dari pesisi sebuah negara di rantau berkenaan namun tidak menamakan
00:44negara terbabit.
00:45Tiada maklum balas daripada Amerika Syarikat berhubung dawaan itu.
00:48Ketegangan memuncak selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari.
00:55Tehran membalas dengan serangan peluru berpandu dan drone serta berperketak kawalan di Selat Hormuz.

Recommended