Skip to playerSkip to main content
KPM mempergiat usaha memperkukuh kurikulum, latihan guru dan pembangunan bakat murid, selain memastikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang lebih selamat dan beretika.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berhubung pertanyaan yang berhormat Merbuk, KPM sedang menggerakkan usaha melalui kurikulum, latihan guru, kemudahan digital dan pembangunan bakat murid.
00:09Tapi suka untuk saya ingatkan yang berhormat bahawa AI sama sekali tidak boleh mengambil alih tugas hakiki guru.
00:17Dalam kurikulum, panduan literasi AI KPM telah berkuasa sejak 8 Mei 2026. Panduan ini menekankan penggunaan AI secara kritis, selamat
00:28dan beretika.
00:28Dan panduan ini juga, Tuan Yang Di-Pertua, telah menekankan bahawa tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, malah anak-anak
00:38dan komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dipastikan dari segi penggunaannya digunakan dengan selamat.
00:45Melalui kurikulum persekolahan 2027, asas AI akan diperkenalkan dalam mata pelajaran teknologi digital di sekolah rendah dan diperkukuh melalui mata
00:56pelajaran berkaitan di sekolah menengah.
00:58Anak-anak mesti belajar menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya.
01:06Tuan Yang Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa bagi memastikan integrasi AI dalam pendidikan dilaksanakan secara teratur,
01:15selain daripada yang saya telah jelaskan berkaitan panduan literasi kecerdasan, kemudian diikuti dengan rancangan pendidikan Malaysia, kurikulum baru dan sebagainya
01:24itu
01:25yang memastikan bahawa anak-anak diberikan juga pendidikan awal tentang AI ini tetapi mesti dipandu dan diberikan pedoman dalam konteks
01:34bahawa menggunakan AI itu dengan selamat dan juga beretika.
01:39Guru juga kita tidak boleh dibiarkan menghadapi perubahan ini tanpa persediaan Tuan Yang Pertua.
01:45Jadi sebab itu guru ketika ini kita sudah pun selesai dalam konteks memastikan bahawa latihan diberikan kepada mereka telah melibatkan
01:55329,414 orang guru
01:58manakala murid telah pun mencecah 1.5 juta.
02:02Jadi pendidikan ini penting kerana anak-anak diberikan pendidikan melalui STEM, pengatur caraan robotik dan juga inovasi digital.
02:12Jadi kita juga melihat bahawa mereka bukan hanya mahu kita lihat menggunakan ciptaan orang lain tetapi berani menghasilkan sesuatu ilmu
02:20yang mereka miliki.
02:22Tuan Yang Pertua, kita tidak boleh membiarkan anak-anak ketinggalan dalam dunia AI tapi kita juga tidak mahu kemajuan teknologi
02:28menjadikan mereka semakin bergantung pada internet dan kurang berfikir.
02:33Teknologi akan terus berubah namun tanggungjawab pendidikan tidak berubah.
02:36Kita mesti memastikan anak-anak tahu berfikir, berpegang pada nilai manusiawi dan mempunyai rasa berulih.
02:42terhadap orang lain.
02:43Terima kasih.

Recommended