Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
NGO Islam disaran memperluaskan sumber pendanaan dan memperkukuh tadbir urus bagi menjamin kelangsungan serta keberkesanan organisasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan bukan kerajaan NGO Islam perlu mempelbagaikan sumber pendanaan bagi memastikan kelangsungan dan memperkukuh keupayaan organisasi masing-masing.
00:11Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Suri Zulkifli Hassan berkata keupayaan menjana dana secara profesional perlu disertai
00:19dengan ilmu dan kemahiran dalam pengurusan kewangan, takbir urus serta integriti.
00:24Menurutnya, menerusi pengenalan sijir profesional takbir urus kewangan NGO Islam, pertubuhan terlibat akan diberikan latihan mengenai kaedah mendapatkan dana secara
00:34profesional daripada pelbagai sumber.
00:36Katanya antara sumber yang boleh diterokai termasuk sektor kerajaan, awam, swasta dan peringkat antarabangsa tertakluk kepada undang-undang serta peraturan
00:46semasa.
00:47Jelasnya, NGO Islam juga perlu memperkukuh aspek takbir urus, integriti dan pengurusan kewangan supaya menjadi contoh kepada pertubuhan lain.
00:56Beliau menegaskan usaha itu penting bagi memastikan NGO Islam bukan sahaja berperanan membantu masyarakat, maklah menjadi rakan strategik kerajaan dalam
01:04pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.
01:08Terima kasih.

Recommended