Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Arab Saudi, Rusia dan lima lagi negara OPEC+ bersetuju mengekalkan tahap pengeluaran minyak yang ditetapkan pada September hingga Disember. Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 29 November untuk menilai semula pasaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tujuh negara anggota OPEC Plus bersetuju mengekalkan tahap pengeluaran minyak pada Desember bagi bulan ketiga berturut-turut.
00:08Keputusan itu dicapai Arab Saudi, Rusia, Irak, Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman selepas mesyuarat maya bagi menilai keadaan serta prospek
00:17pasaran minyak global.
00:21Menurut kenyataan OPEC pada ahad, ketujuh-tujuh negara akan mengekalkan tahap pengeluaran yang ditetapkan pada September berjumlah kira-kira 31
00:29.01 juta tong sehari.
00:32Arab Saudi mengekalkan pengeluaran sebanyak 10.48 juta tong sehari, diikuti Rusia 9.95 juta tong dan Irak 4.43
00:42juta tong sehari.
00:43Sebelum ini, negara terbabit meningkatkan pengeluaran setiap bulan dari April hingga September sebelum menghentikan sementara peningkatan itu pada Oktober.
00:52Tahap pengeluaran berkenaan kemudian dikekalkan pada November dan kini dilanjutkan hingga Desember.
00:58Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 29 November bagi menilai semula keadaan pasaran.

Recommended