Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
FSB memaklumkan seorang remaja ditahan berhubung ancaman terhadap kompleks Muzium dan Taman Tsaritsyno di Moscow. Siasatan susulan maklumat daripada Amerika Syarikat menyaksikan aktiviti awam dibatalkan dan kawalan keselamatan diperketat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa Rusia menahan seorang remaja sesulan hantaran TikTok yang didakwa mengandungi ancaman serangan di kompleks muzium dan taman Saritsynia,
00:11Moskow.
00:12Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia, FSB, memaklumkan sasatan dimulakan selepas menerima maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Amerika Syarikat mengenai persediaan
00:23serangan pengganas di muzium berkenaan.
00:28Menurut FSB, remaja warga Rusia itu memuat naik gambar berpakaian taktikal dan bertutup muka sambil memegang objek menyerupai senjata otomatik.
00:37Suspek turut didakwa memuat naik gambar di muzium Saritsynia dengan caption yang menyatakan dia telah menemui lokasinya.
00:45Pemeriksaan di kediamannya menemui pakaian dan aksesori yang digunakan dalam gambar tersebut.
00:50FSB turut mendakwa pemeriksaan peranti suspek menemukan langganan saluran telegram berfahaman neonazi serta carian berkaitan serangan pengganas dan keganasan.
01:01Semua acara kebudayaan dan aktiviti awam di muzium serta taman berkenaan dibatalkan manakala kawalan keselamatan diperketat sepanjang siasatan.
01:10FSB turut merakamkan terima kasih kepada pihak Amerika Syarikat atas perkongsian maklumat itu.

Recommended