Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Musim monsun disangka 'penyelamat' membersihkan jerebu. Hakikatnya hujan tidak melenyapkan pencemaran, sebaliknya bertindak melarutkan bahan kimia ke dalam tanah, sungai dan rantaian makanan manusia.

Ikuti laporan oleh wartawan, Asyraf Malik.

Category

🗞
News
Transcript
00:07Ketebalan jerebu rentas sempadan kini dibilas tiupan basah monsoon timur laut.
00:12Hujan lebat yang mencurah ibarat satu rahmat mencuci udara tercemar.
00:17Namun di sebalik kelegaan ini muncul satu ancaman halimunan.
00:21Adakah hujan tersebut benar membasuh langit atau sebaliknya membawa turun titisan toksik ke muka bumi?
00:28Ikuti laporan khas oleh wartawan Ashraf Malik.
00:50Fenomena hujan asid sudah tidak asing lagi, terutama dalam era perindustrian.
00:55Namun kehadiran jerebu membawa satu ancaman baharu yang jauh lebih memudaratkan.
01:01Pengarah Institut Perubahan Iklim Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Muhammad Talib Latif berkata,
01:08Pembakaran biodiesem daripada hutan serta tanah gambut membebaskan zarahan mengandungi logam berat
01:14seperti arsenik, cadmium dan merkuri selain partikel karsinogenik atau pencetus kanser.
01:21Bahan-bahan ini pada asalnya berada dalam bentuk pepejal yang sukar larut.
01:27Disimpan sejak sekian lama sebagai mineral di dalam tanah gambut.
01:32Kawasan tanah gambut mempunyai sifat semuna jadi seperti span.
01:36Berupaya menyerap pelbagai bentuk bahan organik dan bukan organik di dalamnya
01:41seperti air, sisa tumbuhan serta haiwan termasuk logam berat berkenaan.
01:46Selepas dibakar, ia meningkatkan keterlarutan logam berat tersebut
01:52seterusnya meruap udara dan dengan mudah memasuki titisan air di atmosfera
01:58kemudian turun semula sebagai hujan toksik.
02:05Muhammad Talib yang berkepakaran dalam bidang kimia atmosfera dan pencemaran udara
02:10mendedahkan bahaya hujan toksik ini secara meluas terutama kepada kesihatan manusia.
02:16Saya rasa kesan yang fizikal yang boleh dialami oleh manusia ini
02:21bila dia terdedah kepada hujan yang banyak bahan kecemaran ini
02:24dia boleh terdedah kepada kesan kesihatan seperti
02:29kegatalan pada kulit dan sebagainya
02:31sebab interaksi terus bahan-bahan ini kepada dia punya sifat fizikal lah
02:37termasuk kulit, rambut dan sebagainya.
02:42Demikian kesan langsung daripada hujan toksik
02:45namun lebih membimbangkan risiko jangka panjang membabitkan ekosistem alam sekitar.
02:53Segi-segi aspek alam sekitar ini, air hujan yang tercemar ini boleh mempengaruhi ekosistem.
02:58ekosistem yang mudah sekali dipengaruhi ialah ekosistem air lah
03:02maksudnya bahan-bahan terlarut tadi mungkin tinggi
03:05dan ia juga boleh menyebabkan kelarutan bahan toksik dengan tinggi
03:10ia boleh diambil oleh organisme lain, organisme halus
03:13termasuklah organisme halus nanti mungkin akan diambil oleh organisme
03:18ataupun kehidupan lain, contohnya ikan akan ambil, hati pelantan dan sebagainya.
03:23Ia adalah satu kesan rantai yang saling berkait
03:27hujan toksik yang mengandungi logam berat mudah larut
03:30memasuki himpunan air seperti sungai, tasik dan lautan.
03:35Organisma halus di dalam air seperti plankton dan agar
03:39menyerap ion-ion logam berat berkenaan
03:42mereka kemudian dimakan oleh hidupan lebih besar seperti ikan.
03:46sepanjang proses ini, unsur logam berat tersebut kekal untuk tempoh lama
03:51ia hanya dipindahkan dari satu medium ke medium yang lain
03:55termasuk apabila ikan itu terhidam di atas meja.
03:59Hujan toksik juga menjejaskan sektor pertanian.
04:03Nampakkan logam berat mengganggu keseimbangan kimia di dalam tanah
04:07sekaligus menyekat kesuburan tanam-tanaman.
04:11Selain itu, logam berat turut terkumpul di dalam produk akhir sayur-sayuran
04:15tenusu dan daging akhirnya kembali memasuki tubuh manusia.
04:21Bahan-bahan tertentu daripada air hujan ini
04:26contohnya kalau kita ambil sebagai air minuman
04:28ataupun dia masuk dalam ekosistem sebenarnya adalah tidak baik.
04:32Contohnya adalah logam berat.
04:34Logam berat ini adalah bahan yang toksik
04:36yang boleh masuk ke dalam badan manusia
04:38dan akhirnya menyebabkan kanser
04:40dan disebabkan oleh sifat logam berat
04:42yang mempunyai sifat ketoksikan tadi.
04:46Jerubu mungkin semakin reda di langit
04:49namun racunnya baru sahaja bermula di bumi.
04:53Perlu disedari,
04:54apa yang terapung di udara hari ini
04:56akan menjadi sebahagian yang dimakan dan diminum pada kemudian hari
05:00sehingga generasi seterusnya menanggung derita.
05:05Dan dalam jangka masa panjang
05:07air hujan yang mempunyai bahan yang toksik yang banyak ini
05:11boleh menyebabkan masalah kepada ekosistem.
05:14Jadi, saya keseluruhannya saya nak simpulkan bahawa
05:17kita perlu menjaga alam sekitar
05:19kita jangan tambahkan lagi bahan pejema
05:22pada waktu jerubu dan sebaik-baiknya kita
05:24sebagai warga Malaysia, warga Asia ini
05:27dapat mengurangkanlah faktor-faktor yang boleh menyebabkan
05:30terbakaran dan juga jerubu di dalam bahan.
05:34Sampai jumpa di video selanjutnya.
05:37selamat menikmati.
05:41Sampai jumpa di video selanjutnya.
05:44Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended