00:00Bersua kembali, Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang
00:09dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah Riyadh.
00:12Curucakap Pakatan Turki Al-Maliki mengumumkan mengenai pintasan itu menerusi hantaran di PlatformX ketika berada di Amerika Syarikat.
00:22Bagaimanapun, beliau tidak memberikan perincian lanjut berhubung sebarang kecederaan atau kerosakan akibat insiden berkenaan.
00:29Sebelum ini pada selasa, Pakatan yang sama memaklumkan tiga peluru berpandu balistik Houthi turut berjaya dipintas dan dimusnahkan selepas menyasarkan
00:37wilayah timur Arab Saudi.
00:39Pakatan itu juga mengesahkan empat drone yang dilancarkan ke arah selatan Arab Saudi berjaya dipintas dan dimusnahkan.
00:46Insiden terkini berlaku ketika konflik antara kumpulan Houthi dan Pakatan Ketenteraan Pimpinan Arab Saudi terus memuncak.
00:52Arab Saudi memimpin Pakatan Ketenteraan menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa sejak Mac 2015.
01:00Kumpulan Houthi pula menguasai ibu negara Sana'a dan sebahagian kawasan lain di Yaman sejak tahun 2014.