Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Dua lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan penemuan 1.16 tan dadah jenis ketamin di atas kapal tangki MT Global 168, Ahad lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya dua lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan penemuan 1.16 tan dadah jenis ketamin di atas kapal
00:09tangki MT Global 168 Ahad lalu.
00:13Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han berkata seorang daripada mereka merupakan pengarah syarikat makmur Marine
00:21Petroleum sedang berhad.
00:22iaitu pemilik asal kapal berkenaan manakala seorang lagi ialah ejen atau broker yang menguruskan penjualan kapal itu.
00:35Siasatan awal mendapati kapal itu dibeli pada April lalu untuk dijual semula selepas dibaik pulih bagi mendapatkan keuntungan sebelum dijual
00:44kepada Golden Dolphin Co. Ltd yang beralamat di Yangon, Myanmar pada 28 Jun lalu menerusi ejen terbabit.
00:51Selain itu, Husin berkata polis turut mengenalpasti tiga individu lain dipercayai masing-masing warga Singapura, Taiwan dan Myanmar bagi membantu
01:00siasatan.
01:01Beliau berkata JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia serta agensi penguatkuasaan berkaitan khususnya dalam perkongsian maklumat risikan, pengesanan
01:11individu terlibat dan pelaksanaan tindakan susulan.
01:14Sebelum ini, media melaporkan kapal tangki MT Global 168 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia bersama 1.16 ton ketamin pada
01:2320 Oktober lalu disahkan milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bahru, Juhur.
01:29Terima kasih.

Recommended