Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata BN menghargai semua parti komponennya, termasuk MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), selain rakan-rakan gabungan menerusi Friends of BN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik bertemu semula, sebarang isu melibatkan parti komponen barisan nasional BN termasuk MCA akan diselesaikan secara baik menerusi semangat kekeluargaan.
00:11Pengurusi BN, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata perbincangan telah dimulakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Raof Yusuf.
00:20Beliau juga yakin penyelesaian terbaik dapat dicapai sebelum penamaan calon pada 31 Oktober ini.
00:30Ya, ada sedikit permasalahan. Bukan permasalahan pun.
00:37Datuk Raof dah bunuh malam tadi, saya akan jumpa dengan media. Kalau media nak jumpa saya sebentar lagi.
00:44InsyaAllah ini adik-beradik kita selesaikan cara yang baik-baik.
00:54UMNO parti yang baik. Barisan nasional adalah gabungan parti yang baik-baik. InsyaAllah.
01:01Yang terbaik akan kita peroleh menjelang 31 Oktober ini. InsyaAllah.
01:10Ahmad Zaid berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN bagi Parlimen Masjid Tanah pada selasa malam.
01:16Presiden UMNO itu menambah BN menghargai semua parti komponennya termasuk MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk PPP dan Parti Bersatu Rakyat
01:27Sabah PBRS selain rakan-rakan gabungan menerusi Friends of BN.
01:32Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan Jentera Parti supaya memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan 21 kerusi-kerusi dun di Melaka
01:40termasuk di Parlimen Masjid Tanah.
01:43Katanya semangat kerjasama antara Jentera BN dan rakan strategiknya penting bagi memastikan kemenangan dalam pilihan Raya Negeri Melaka kali ini.
01:51Terima kasih telah menonton!

Recommended