Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
MITI memaklumkan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat meningkat 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion, didorong lonjakan permintaan semikonduktor dan produk E&E.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Eksport Malaysia ke AS terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila meningkat 69.1% bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
00:10Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau MITI, nilai eksport Malaysia ke AS mencecah RM282 bilion dalam tempoh 9 bulan
00:20pertama 2026.
00:24Pada masa sama, jumlah perdagangan dua halai antara kedua-dua negara meningkat hampir 40% kepada RM378.7 bilion.
00:33MITI menjelaskan pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan permintaan terhadap produk elektrik dan elektronik atau E&E khususnya semikonduktor.
00:43Permintaan tersebut dipacu perkembangan pesat teknologi kecedasan buatan dan pembangunan pusat data di peringkat global.
00:50Sektor E&E kini menyumbang lebih 64% daripada keseluruhan eksport Malaysia ke AS.
00:57Daripada jumlah itu, sebanyak 44% terdiri daripada produk semikonduktor.
01:02Bagaimanapun, beberapa sektor eksport tradisional mencatatkan penurunan.
01:07Eksport sarung tangan getah susut 1.6% kepada RM5 bilion.
01:12Manakala eksport perabot merosot 19.2% dan peranti perubatan berkurangan 12%.
01:18MITI memaklumkan sesetengah industri turut berdepan tekanan akibat tarif tambahan AS dan terpaksa menyerap kos atau menawarkan diskaun kepada pembeli
01:28bagi mengekalkan daya saing.
01:30Bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran, kerajaan terus mempeluas akses perdagangan menerusi perjanjian perdagangan bebas dan penerokaan pasaran bukan tradisional.

Recommended