00:00Orang ramai risau tentang hutang Malaysia, tapi patutkah mereka bimbang?
00:06Tahun lalu, hutang persekutuan meningkat sebanyak RM66 bilion,
00:10mencecah RM1.24 triliun dalam tempoh 9 bulan.
00:15Sebagai perbandingan, kerajaan meminjam sebanyak RM1.17 triliun
00:20untuk keseluruhan 12 bulan pada tahun 2023.
00:24Namun, hutang yang tinggi tidak semestinya bermaksud negara berada dalam masalah kewangan yang serius.
00:32Mungkin ada sebab yang munasabah.
00:40Ahli ekonomi Goh Lim Tai berkata kerajaan semasa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.
00:47Menurut beliau, terdapat dua sebab utama.
00:49Pertama, perbelanjaan besar semasa krisis COVID-19
00:53dan kedua, salah urus kewangan yang berpunca daripada skandal 1MDB.
00:59Goh menjelaskan bahawa hutang ini bukan satu ancaman kepada masa depan Malaysia
01:04asalkan ia diuruskan dengan baik.
01:09Beliau menyatakan kewangan Malaysia masih kukuh
01:11dengan ekonomi yang pelbagai dan akses kepada sumber pembiayaan.
01:15Selain itu, ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama memberikan Malaysia penarafan yang tinggi tahun lalu.
01:24Bukti bahawa kewangan negara sedang diuruskan dengan baik.
01:29Namun begitu, kerajaan mengakui ia boleh melakukan yang lebih baik
01:33dan kini sedang merangka dasar fiskal yang lebih mantap.
01:37Sebagai contoh, kerajaan telah menjadikan angka hutang lebih telus
01:43supaya orang awam dan pembuat dasar dapat menilainya dengan lebih tepat.
01:49Sejak 2018, kerajaan telah memperluas pendedahan maklumat kewangan
01:53bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kedudukan kewangan negara.
01:57Sementara itu, Malaysia mempunyai pelan dua hala untuk memperkukuh kedudukan kewangannya.
02:05Langkah pertama, memacu pertumbuhan ekonomi.
02:08Langkah kedua, memperbaiki taraf hidup rakyat sambil mengekalkan kestabilan kewangan.
02:13Kerajaan juga menjangka dapat menjimatkan berbilion ringgit
02:18melalui penstrukturan semula subsidi, termasuk subsidi diesel yang telah bermula
02:23serta petrol run 95 yang dijangka akan dilaksanakan tahun ini.
02:29Bermula 1 Julai, peluasan cukai jualan dan perkhidmatan kepada beberapa barangan
02:33dan perkhidmatan bukan keperluan seperti buah-buahan import,
02:37jualan sekolah swasta dan perkhidmatan kesihatan swasta
02:40akan turut menyumbang kepada peningkatan hasil negara.
02:45Malah, informasi ini telah mula menunjukkan hasil.
02:49Imrah Yusof daripada MIDF Amanah berkata langkah-langkah ini
02:53dijangka dapat mengurangkan beban hutang negara.
02:57Angka tidak menipu.
02:59Sejak kerajaan perpaduan mengambil alih pada Disember 2022,
03:03defisit fiskal Malaysia telah mengecil daripada 5% KDNK pada 2023
03:09kepada 4.1% tahun lalu.
03:12Ia dijangka terus menurun kepada 3.8% pada tahun 2025.
03:18Jumlah pinjaman kerajaan juga berkurang
03:21daripada RM100 bilion pada 2022
03:24kepada RM93 bilion pada 2023
03:28dan RM75 bilion tahun lalu.
03:32Sementara itu, ekonomi negara berkembang
03:35daripada 3.6% pada 2023
03:38kepada 5.1% pada 2024
03:41manakala kadar inflasi menurun
03:44kepada 1.8%.
03:46Kesimpulannya,
03:50tak perlu terlalu risau.
03:52Asas ekonomi kita kukuh
03:53dan hala tujuh kewangan negara
03:55berada di landasan yang stabil.
03:58Kewangan Malaysia kini berada
03:59pada kedudukan yang teguh
04:01dan dijangka terus bertambah baik.
04:03Hayli Izzati FMT
04:06selamat menikmati.
Comments