Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Iran, Türkiye, Arab Saudi dan Pakistan bersetuju bahawa keselamatan Asia Barat perlu diterajui negara-negara rantau itu tanpa campur tangan kuasa luar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Empat negara iaitu Iran, Turki, Arab Saudi dan Pakistan sepakat bahawa keselamatan di Asia Barat perlu berasaskan kerjasama negara-negara
00:08rantau itu sendiri tanpa campur tangan kuasa luar.
00:11Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Reza'i berkata, perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Teheran
00:19pada Isnin.
00:21Antara lain, pertemuan tersebut membincangkan isu keselamatan serantau, aktiviti Israel di Asia Barat serta perkembangan terkini di Palestine dan Lubnan.
00:30Menurut Reza'i, negara-negara serantau sepatutnya memulakan kerjasama seumpama itu lebih awal bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi.
00:39Beliau berkata kehadiran delegasi Turki, Arab Saudi dan Pakistan ke Teheran juga menunjukkan bahawa ancaman daripada Amerika Syarikat tidak memberi
00:46kesan kepada hubungan antara negara-negara terbabit.
00:49Mohsen menambah bahawa keempat-empat negara berpandangan kerjasama serantau mampu menjadi jalan keluar kepada krisis yang berlaku di Asia Barat.
00:58Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Israel perlu menghentikan serangan ke atas Lubnan, Selatan Syria, Gaza dan Tebing Barat.
01:05Sebelum ini, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bakai berkata, pertemuan itu berpotensi menjadi pemulaan kepada rangka keselamatan serantau yang diterajui
01:14negara-negara Asia Barat sendiri.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended