Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Yasuo Fukuda, yang pernah menerajui Jepun serta dikenali memperkukuh hubungan serantau khususnya dengan China, meninggal dunia pada usia 90 tahun akibat kegagalan jantung.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda yang dikenali sebagai tokoh diplomatik dalam usaha mempererat hubungan Jepun dengan negara jiran khususnya
00:10China meninggal dunia pada usia 90 tahun.
00:14Menurut Akbar Nikkei pada Isnin, Fukuda mengebuskan nafas terakhir akibat kegagalan jantung pada Khamis lalu.
00:23Fukuda mencatat sejarah sebagai individu pertama di Jepun yang mengikut jejak langkah bapanya menjadi Perdana Menteri.
00:30Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2007 susulan perletakan jawatan mengejut Shinzo Abe.
00:36Namun hanya memegang jawatan itu kurang setahun sebelum meletak jawatan pada September 2008.
00:42Ketika menggantikan Abe, beliau pernah berseluruh bahawa dirinya mungkin menerima nasib malang apabila mengambil alih kepimpinan negara.
00:52Memandangkan Parlimen ketika itu berpecah dan parti pebangkang berupaya melengahkan proses pengubalan undang-undang.
00:59Kecewa dengan kebuntuan proses perundangan, Fukuda akhirnya meletak jawatan pada 2008 sekaligus menjadi Perdana Menteri kedua daripada enam pemimpin Jepun
01:10yang berundur selepas hanya kira-kira setahun memegang jawatan.
01:14Dikenali sebagai pemimpin yang mengutamakan perdekatan diplomasi sederhana, Fukuda melakukan beberapa lawatan ke China selepas meninggalkan jawatan bagi memperbaiki hubungan
01:24dua hala yang sering berdepan ketegangan.
01:29Terima kasih telah menonton!

Recommended