Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan Malaysia bergantung kepada keupayaan mengangkat PKS menjadi pemain industri utama dan menembusi pasaran antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perusahaan kecil dan sederhana atau PKS akan menjadi penentu utama kejayaan ekonomi Malaysia pada masa depan.
00:08Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, keupayaan negara mengangkat puluhan ribu PKS menjadi pemain industri yang berdaya saing di
00:15pasaran antarabangsa akan menentukan kekuatan ekonomi negara.
00:22Menurut beliau, walaupun masih wujud jurang dalam kalangan PKS, sektor tersebut mempunyai keupayaan besar untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
00:32Anwar berkata kerajaan memberi perhatian khusus kepada pembangunan PKS menerusi pelanjawan termasuk penyediaan dana pinjaman, dana penyelidikan dan pelbagai insentif
00:42pembangunan perniagaan.
00:43Beliau menjelaskan langkah tersebut dibuat susulan usaha dan cadangan yang dikemukakan oleh BT bagi memperkukuh ekosistem perusahaan tempatan.
00:52Perdana Menteri turut menegaskan bahawa industri negara perlu dimodankan dan diperkasakan agar tidak terus bergantung kepada pendekatan lama yang tidak
01:02lagi sesuai dengan keperluan semasa.
01:04Menurut beliau, sifat industri yang semakin dinamik memerlukan kesediaan untuk melaksanakan perubahan dengan lebih cepat dan berani.
01:12Kerajaan yakin pengukuhan sektor PKS akan menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan daya saing Malaysia di peringkat
01:21global.
01:22Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!
01:24Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended