Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima surat rayuan keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly dan menghubungi Ketua Polis Negara bagi mendapatkan perkembangan terkini kes kematian dalam tahanan polis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah menerima surat rayuan daripada keluarga Allahyarham Nur Izwan Zulkifli yang meninggal dunia ketika dalam
00:09tahanan polis.
00:10Perdana Menteri menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook beliau menjelaskan amat berduka cita atas pemergian Nur Izwan serta memahami kesedihan
00:19dan keresahan keluarga Allahyarham.
00:21Anwar berkata beliau dijadualkan menghadiri beberapa program di Melaka pada Sabtu namun telah mewakilkan pegawainya untuk menerima surat berkenaan dan
00:32mendengar perkara yang dibangkitkan keluarga Allahyarham.
00:35Perdana Menteri juga telah berhubung dengan ketua polis negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan.
00:42Beliau menegaskan siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.
00:48Selain perkembangan, siasatan dimaklumkan kepada keluarga Allahyarham.

Recommended