00:00Volvo Cars pada Jumaat umum rancangan untuk mengurangkan kira-kira 2,500 lagi pekerja di seluruh dunia ia susulan prestasi
00:08kewangan yang merosot pada suku ketiga.
00:12Langkah itu menyusul ketika Ketua Pegawai Eksekutifnya Hakan Samuelson berusaha mengurangkan perbelanjaan tahunan sebanyak kira-kira 5 bilion krona Sweden
00:21atau bersamaan 503.5 juta dolar Amerika.
00:25Menurut Volvo, kira-kira 2,000 daripada pengurangan jawatan itu melibatkan pekerja di Sweden, negara asal pengeluar kereta berkenaan.
00:35Syarikat itu merancang untuk mengurangkan tenaga kerjanya menerusi pengurangan secara semula jadi apabila pekerja meninggalkan syarikat, penamatan kontrak perunding serta
00:44tawaran pakej pemberhentian kerja kepada pekerja.
00:47Pengeluar kereta yang dikawal oleh Jili dari Cina itu mencatatkan kerugian pada suku ketiga, sebahagiannya disebabkan cabaran dalam pasaran Cina.
00:57Volvo mencatat penghantaran kira-kira 141,300 kenderaan di seluruh dunia dalam tempoh 3 bulan berakhir September, menyusut 11%
01:06berbanding tempoh sama tahun lepas.
01:08Jualan syarikat itu merosot hampir 25% kepada 66.9 bilion krona, manakala kerugian sebelum faedah dan cukai berjumlah 5
01:19.6 bilion krona.
01:21Kerugian bersih pula mencecah 5.7 bilion krona berbanding keuntungan bersih sebanyak 4.5 bilion krona setahun sebelumnya.
01:30Samuelson sebelum ini turut melaksanakan pengurangan pekerja pada tahun lalu menjadikan purata tenaga kerja syarikat itu kira-kira 39,300
01:39orang dalam tempoh 9 bulan pertama 2026 berbanding 43,000 orang bagi tempoh sama tahun sebelumnya.