00:00Bentuk minta, Menteri Digital menyatakan apakah pencapaian GovTech Malaysia setakat ini dalam memacu agenda transformasi digital negara,
00:10khususnya dari segi kejayaan jalinan kerjasama strategik bersama kementerian-kementerian lain untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan sektor
00:19perniagaan
00:20dan apakah perancangan strategik masa hadapan GovTech bagi memperkukuh ekosistem kerajaan digital. Terima kasih.
00:27GovTech Malaysia merupakan inisiatif strategik kerajaan untuk mempercepatkan transformasi penyampaian perkhidmatan awam secara digital
00:36dan ini melalui pendekatan keseluruhan kerajaan ataupun bahasa Inggeris dengan izin kuala government approach.
00:43Pendekatan ini, Tuan Dibutua, memberi tumpuan kepada perkongsian data, penggunaan platform dan komponen digital gunasama
00:50serta integrasi perkhidmatan-perkhidmatan berentas kementerian dan agensi supaya rakyat dan juga sektor perniagaan
00:57dapat berurusan dengan kerajaan secara lebih mudah, lebih pantas dan lebih selamat dan bersepadu.
01:05Di antara pencapaian utama ialah pembangunan MyGov Malaysia iaitu sebagai gerbang perkhidmatan digital kerajaan
01:12yang menggunakan MyDigitalID sebagai log masuk tunggal ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin single sign-on.
01:20Tuan Dibutua, sehingga 8 hari bulan Oktober tahun 2026, MyGov Malaysia telah merekodkan sebanyak 3,199,120 muat turun
01:34dan sebanyak 3,014,096 pengguna aktif dengan 62 perkhidmatan daripada 22 agensi sektor awam telahpun diintegrasikan.
01:47Melalui aplikasi ini, rakyat boleh menyemak dan membayar saman, memohon penggantian MyCard, menyemak harga barangan,
01:56mendapat maklumat perjalanan dan lesen, mengurus janji temu kesihatan, serta juga menyebabkan keputusan peperiksaan dan wan tak dituntun.
02:05Kemudahan ini, Tuan Dibutua, menjimatkan masa, menjimatkan kos, serta mengurangkan keperluan untuk kita hadir secara fizikal
02:13ke kaunter untuk beruruskan dengan agensi-agensi kerajaan.
02:17Selain daripada itu, MyGov Malaysia, GavTech Malaysia turut membangunkan beberapa penyelesaian digital guna sama kerajaan.
02:29Antaranya, Tuan Dibutua, tanya kerajaan, iaitu untuk maklumat dan juga bantuan berasaskan AI.
02:35Di antara perkhidmatan yang bakal diintegrasikan adalah MyPersona untuk perkhidmatan yang lebih diperibadikan
02:41dan MyAppointment untuk pengurusan janji temu.
02:45Pendekatan ini, Tuan Dibutua, penting untuk mengurangkan pembangunan sistem secara berasingan
02:51dan berulang di setiap agensi, sekaligus mengoptimumkan perbelanjaan serta sumber kerajaan.
02:58Tuan Dibutua, bagi menjawab persoalan mengenai perancangan strategik masa depan,
03:03GavTech Malaysia telah menetapkan halatuju berlaksanaan secara berfasa
03:07dengan memberi tumpuan kepada hasil yang boleh dilihat dalam jangka pendek, iaitu quick wins,
03:12serta memperluaskan atau boleh dilihatkan keluasan berskala di antara tahun 2027 sehingga tahun 2030.
03:21Sebagai quick wins, Tuan Dibutua, sehingga penghujung tahun ini,
03:24tumpuan adalah untuk menambah bilangan perkhidmatan kerajaan yang diintegrasikan ke MyGov Malaysia,
03:30juga memperluaskan penggunaan platform gunasama GavTech,
03:34serta memperkenalkan penggunaan AI secara praktikal dalam operasi kerajaan.
03:38Ini termasuk perlaksanaan agenda AI, iaitu sistem pengurusan mesyuarat berasaskan agentik AI
03:45yang mengotomasikan proses daripada rakaman dan transkripsi sehingga penyediaan minit
03:53serta pemantauan tindakan-tindakan yang perlu sebagai susulan.
03:57Mulai tahun 2027, GavTech Malaysia akan memperluaskan pendekatan daripada pembangunan aplikasi jenial individu
04:05kepada pembinaan satu ekosistem platform digital kerajaan
04:08yang boleh digunakan semula melalui berhentas semua kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan.
04:16Di antara tumpuan utama, Tuan Dibutua, adalah pertama untuk memperluaskan integrasi perkhidmatan
04:21berasaskan perjalanan hidup rakyat ataupun live event based services
04:25supaya rakyat tidak lagi perlu memahami struktur kementerian atau mengakses pelbagai sistem
04:30untuk mendapatkan satu perkhidmatan.
04:32Kedua, memperluas penggunaan platform guna sama kerajaan
04:35bagi mengurangkan pertindihan pembangunan sistem serta mengoptimumkan sumber-sumber kerajaan.
04:41Ketiga, aspek memperkukuh perkongsian dan interoperability data merentas agensi
04:47berasaskan prinsip once only dan single source of truth
04:50supaya rakyat tidak perlu memberikan maklumat yang sama berulang kali
04:54kepada kerajaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, Tuan Dibutua.
04:58Keempat, memperluaskan penggunaan AI dan juga agentik AI
05:01secara bertanggungjawab termasuk otomasi proses kerja
05:05serta pembangunan ekosistem agent AI kerajaan
05:08bagi peningkatan produktiviti penjawat awam
05:11dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan.
05:13Dan akhirnya yang kelima, aspek memperkukuh kestamanan
05:17perkhidmatan cyber, privasi, peribadi,
05:19tatbil urus data serta pembangunan bakat digital sektor awam
05:23sebagai asas kepada perluasan perkhidmatan kerajaan digital.
05:27Dalam tempoh 2028 sehingga 2030, Tuan Dibutua,
05:31sasaran Gaftek Malaysia adalah untuk beralih
05:33daripada perkhidmatan kerajaan yang berasaskan agensi
05:37kepada perkhidmatan yang lebih bersepadu, proaktif dan berpaksikan rakyat.
05:40Ini bermaksud apabila sesuatu peristiwa kehidupan berlaku
05:44seperti kelahiran anak, memasuki alam persekolahan,
05:47memulakan pekerjaan, menjalankan perniagaan sehingga persaraan,
05:51perkhidmatan berkaitan dapat disediakan secara lebih terselaras
05:55tanpa rakyat perlu berurusan secara berasingan
05:57dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan yang berlainan.
06:01Justeru, maklumat Gaftek Malaysia, Tuan Dibutua,
06:04bukan sekadar untuk mendigitalkan proses yang sedia ada,
06:07tetapi juga untuk mereka bentuk semula cara kerajaan menyampaikan perkhidmatan.
06:13Ukuran kejayaannya ialah apabila rakyat dapat menelesaikan urusan kerajaan
06:18dengan lebih singkat langkah, lebih sedikit dokumen,
06:24semasa menunggu dan lebih singkat daripada apabila kita tidak perlu mengetahui agensi-agensi mana
06:30yang menyediakan satu-satu perkhidmatan yang menjadi masalah sekarang.
06:34Jadi, ia bertumpu kepada bagaimana kita boleh bawa bersama
06:38semua perkhidmatan yang sedia ada
06:39dan memberikan perkhidmatan itu kepada rakyat dengan lebih mudah bergerak ke depan.
06:44Terima kasih, Tuan Dibutua.
06:46Apakah setiap aplikasi ini melepasi setiap ujian fungsi dan keselamatan pengguna
06:52dan keupayaannya menampung pengguna sebelum dilancarkan secara meluas
06:56dan bolehkah pihak Kementerian memberikan sasaran
06:58berapa lamakah masa diberikan untuk semua aplikasi ini digabungkan
07:04dalam aplikasi daripada GovChat ini
07:07dan bagaimanakah dalam segi penjimatan kos serta komitmen
07:10untuk menerbitkan prestasi kecemerlangan dan kadar transaksi yang gagal
07:14bagi penilaian rakyat sendiri.
07:15Tuan Dibutua, boleh kita lihat kepada sistem yang sedia ada
07:19kerap kali kita perlu bergerak ke sesuatu agensi
07:25untuk mendapat perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu
07:28dan perkhidmatan-perkhidmatan ini berasaskan kepada data
07:32yang sedia ada di peringkat agensi yang dapat digunakan
07:36buat tujuan memberikan perkhidmatan tersebut.
07:40Ini kalau kita lihat dari segi silos.
07:43Setiap kementerian dan agensi-agensi ada tugas mereka masing-masing
07:47dan setakat sekarang kita lihat bahawa mereka telah pun melalui
07:51proses pendigitalan yang melihat kepada bagaimana mereka
07:54boleh mendigitalkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka
07:57secara berasingan.
08:01Dalam bahasa Inggeris, yang disebutkan
08:04they operate in silos.
08:06Saya bagi contoh, kalau kita nak lihat kepada satu keadaan
08:10di mana kita harus ke klinik untuk mendapat perkhidmatan
08:14rawatan dan sebagainya,
08:15sudah ada beberapa perkara yang akan berlaku dalam proses itu.
08:19Pertama, kita perlu bergerak ke klinik tersebut.
08:23Jadi aspek pengangkutan dari mana tempat kediaman kita
08:28kemudian bagaimana kita dapat menghala ke hospital
08:32atau klinik yang berkaitan.
08:34Kemudian apabila kita sampai di situ,
08:36aspek berkenaan dengan rawatan yang perlu dan sebagainya
08:40iaitu dalam klinik ataupun hospital yang berkaitan.
08:45Ini satu contoh yang mudah
08:47di mana kita dapat melihat bahawa
08:49kalau kita boleh membawa bersama
08:51kedua-dua perkhidmatan ini
08:53satu pergerakan daripada kediaman kepada klinik atau hospital
08:56itu di dalam bidang kuasa kemungkinan
09:00Kementerian Pengangkutan dan juga KKR
09:03dan melibatkan pergerakan dari sudut kenderaan dan sebagainya.
09:06Kemudian apabila kita sampai ke klinik tersebut
09:09maka di situ aspek-aspek berkenaan dengan rekod-rekod rawatan
09:12terdahulunya dan sebagainya
09:14iaitu semuanya di dalam perkhidmatan atau bidang kuasa
09:16Kementerian Kesehatan.
09:18Soal dia bagaimana kita boleh membawa kedua-duanya bersama
09:21supaya kita ada satu perkhidmatan digital
09:24di mana kita boleh uruskan kedua-duanya bersama.
09:27Kita ada satu app di mana kita terus membuat tempahan
09:32ataupun kita membuat temu janji
09:34dan ianya semua diselaraskan secara serentak.
09:38Kita dimaklumkan untuk kita ke klinik pada masa itu
09:41untuk mendapat rawatan, maka pengangkutan dan sebagainya
09:44perlu kita uruskan sebegini-sebegitu
09:46ianya diberikan ke maklumat, bas ataupun teksi
09:49ataupun kalau kita nak perkhidmatan e-healing
09:51datang ke rumah kita, bawa kita ke klinik
09:54kita sampai pada masa yang ditetapkan
09:56terus apabila kita sampai
09:57maka temu janji kita sudah ada dinyatakan di situ
10:01terus kita dapat jumpa doktor
10:02kita dapat perkhidmatan
10:04kemudian dari situ kita juga dapat ubat dan sebagainya
10:08kita dapat balik selepas itu secara lancar.
10:10Ini hanya satu contoh
10:12apa yang kita laksanakan.
10:14Kita nak membawa bersama semua aplikasi-aplikasi yang ada
10:18dan kita melihat kepada integrasi.
10:21Jadi soal berkenaan dengan berapa lama yang ia akan mengambil
10:24ini adalah proses yang berterusan
10:26kerana bergerak ke depan
10:27kita akan melihat banyak lagi app
10:30ataupun banyak lagi perkhidmatan yang disediakan
10:32yang perlu diintegrasikan dan sebagainya.
10:34Ini adalah satu work in progress yang akan berterusan.
10:37Tapi pada masa sekarang saya telah pun mengarahkan satu audit
10:40dilaksanakan oleh kementerian saya
10:42untuk melihat kepada semua apps yang sedia ada
10:44di semua peringkat kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan
10:48dan kita dapat menyelaraskan bagaimana kita boleh
10:51mengintegrasikan aplikasi-aplikasi ini
10:54supaya kita dapat melihat satu perkhidmatan yang diberikan secara keseluruhan
10:58di mana kalau diperlukan untuk satu perkhidmatan itu
11:02untuk memudah carakan lagi proses
11:04yang kita laksanakan itu
11:06maka ia dapat diintegrasikan.
11:08So it is a work in progress.