Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Seramai 420 penumpang berjaya diselamatkan selepas feri KMP Batumandi terbakar ketika menghampiri Pelabuhan Merak di Indonesia.
Transcript
00:00Seramai 420 penumpang berjaya diselamatkan selepas feri penumpang KMP Batu Mandi terbakar ketika menghambiri pelabuhan Merak di Banten, Indonesia pada
00:10petang selasa.
00:11Menurut media tempatan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.15 petang waktu tempatan ketika feri berkenaan sedang melakukan pergerakan
00:20untuk berlabuh di dermaga enam pelabuhan tersebut.
00:26Kapal itu bertolak dari pelabuhan Bakau Heni, Lampung kira-kira jam 2.52 petang untuk menyeberangi selat Sunda menuju ke
00:34Pulau Jawa.
00:35Situasi menjadi cemas apabila asat hitam tebal kelihatan keluar dari bahagian dek kenderaan sebelum beberapa penumpang mendengar satu letupan.
00:44Penumpang kemudian memakai jaket keselamatan dan dipindahkan melalui laluan kecemasan dengan bantuan petugas kapal.
00:50Pihak berkuasa maklumkan feri itu membawa 420 penumpang termasuk 393 penumpang yang berada di dalam kenderaan dan 27 penumpang perjalan
01:00kaki.
01:00Selain itu, kapal berkenaan turut membawa 89 kenderaan yang dilaporkan hangus terbakar dalam insiden itu.
01:07Bagaimanapun, kesemua penumpang dan kru berjaya diselamatkan dan tiada kematian dilaporkan setakat laporan awal pihak berkuasa.
01:14Operasi menyelamat melibatkan pasukan Basarnas, Polis Perairan, Badan Penanggulangan Bencana Daerah BPBD dan pihak pelabuhan dengan dibantu kapal peronda, bot
01:24nelayan, bot ketah dan bot penyelamat.
01:27Feri KMP Royce 1 turut membantu memindahkan penumpang dan kru ke tempat selamat sebelum mereka dibawa ke Dermaga 6 Ezekutif
01:35untuk pemeriksaan lanjut.
01:36Pihak berkuasa berkata punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala usaha memadamkan api diteruskan kerana masih terdapat beberapa titik panas pada
01:45badan kapal.

Recommended