00:00Pasir Gudang Johor terus berdepan pencemaran udara sejak awal Oktober dengan bacaan indeks pencemaran udara IPU masih berada pada tahap
00:08tidak sihat setakat jam 10 malam Ahad.
00:11Berdasarkan data sistem pengurusan indeks pencemaran udara Jabatan Alam Sekitar, kawasan itu mencatatkan bacaan 175, tertinggi di seluruh negara.
00:20Bagaimanapun, IPU menurun berbanding Jumat lalu apabila Pasir Gudang mencatatkan bacaan melebihi 200 sekaligus memasuki kategori sangat tidak sihat.
00:30Selain Pasir Gudang, beberapa kawasan lain di Johor turut mencatatkan IPU tinggi termasuk Kota Tinggi 170, Batu Pahat 162, Tangkak
00:39serta Pengerang 160.
00:41Di Negeri Sembilan, nilai merekodkan bacaan 171, diikuti Seremban 169, manakala Bukit Rambai di Melaka mencatatkan 165.
00:52Situasi sama turut melanda lembah kilang dengan Johan Setia merekodkan IPU 165, Sya'alam 158 dan Putrajaya 156.
01:02Secara keseluruhan sekurang-kurangnya, 27 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat.