Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asa'ari berkata serbuan kira-kira 10.30 pagi menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 29 dan 68 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dan pemandu lori tangki.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN Selangor mengesan taktik penyalahgunaan Fleet Cut dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.
00:10Ia selepas kementerian itu merampas 11,900 liter bahan api berkenaan menerusi serbuan di sebuah store haram di Rawang Selangor
00:18pada Ahad.
00:22Pengarah KPDN Selangor, Mohd Hanif Asaari berkata serbuan jam 10.30 pagi menerusi Ops Tiris 4.0 bersepadu dengan kerjasama
00:31polis diraja Malaysia PDRM itu
00:34membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 29 dan 68 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penjaga store dan pemandu lori
00:44tangki.
00:45Beliau berkata selain diesel bersubsidi, pihaknya turut menyita sebuah lori tangki, 12 tangki jenis Intermediate Bulk Container atau IBC
00:54dan sebuah pump penyedut menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM82,482.
01:03Dalam kenyataan, beliau menambah modus operandi sindiket itu dikesan menggunakan taktik pemalsuan dan penyalahgunaan Fleet Cut.
01:11Pihak ketiga akan membeli diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran menggunakan Fit Cut sebelum minyak berkenaan dipindahkan terus ke
01:20dalam lori pembeli.
01:22Katanya lagi minyak yang dikumpulkan kemudiannya dibawa dan disimpan di store haram di Rawang sebelum disedut menggunakan lori tangki untuk
01:29dihantar dan dijual kepada pihak industri atau pembeli lain.
01:33Muhammad Hanif berkata kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Kurungan Akta 122 bagi mengenalpasti individu atau syarikat
01:43yang terlibat
01:44serta meneliti rantaian pengedaran diesel berkenaan.
01:49Kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kurungan Akta
01:59613.
02:00Terima kasih telah menonton!

Recommended