Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Parlimen Iran pada Ahad meluluskan pelantikan Mehrdad Akhlaqi Ketabchi sebagai Menteri Pertahanan baharu negara itu, menurut laporan penyiar negara IRIB, lapor Anadolu Ajansi.

Akhlaqi memperoleh 237 undi menyokong dan 15 undi menentang, tanpa sebarang undi berkecuali, daripada keseluruhan 277 undi yang dibuang dalam sidang Parlimen yang diadakan menerusi persidangan video.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parlimen Iran pada ahad meluluskan pelantikan Merdat Ahlaki Khatabchi sebagai Menteri Pertahanan Baharu Negara itu. Ahlaki memperoleh 237 undi, menyokong
00:11dan 15 undi menentang tanpa sebarang undi berkecuali dalam sidang parlimen yang diadakan menerusi persidangan video.
00:22Ahli Parlimen mengundi selepas mendengar hujah daripada pihak yang menyokong dan menentang Ahlaki serta meneliti perancangannya untuk Kementerian Pertahanan.
00:32Ahlaki menggantikan Aziz Nasir Zadeh yang terkorban dalam serangan awal Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari.
00:41Majid Ibn Al-Reza sebelum ini berkhidmat sebagai pemangku Menteri Pertahanan susulan kematian Nasir Zadeh.
00:47Dalam kenyataan pertamanya selepas mendapat kedulusan Parlimen, Ahlaki berkata Iran telah mengambil langkah untuk menghadapi kemungkinan Amerika Syarikat menggunakan bom
00:58GBU-43B, Massive Ordnance Air Blast, yang dikenali sebagai Mother of All Bom atau ibu segala bom terhadap negara itu.
01:08Katanya Iran telah mengambil langkah yang perlu untuk menghadapi tindakan sedemikian dan terus melaksanakan usaha dengan penuh keyakinan.
01:15Beliau berkata antara keutamaannya ialah memperluas pengeluaran pertahanan menerusi rangkaian industri Iran, meningkatkan penyelidikan serta menyesuaikan struktur Kementerian Pertahanan dengan
01:26ancaman keselamatan semasa.
01:28Ahlaki seorang pegawai kanan yang telah lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan, sebelum ini mengetuai Pertubuhan Industri Aero Angkasa Iran dan
01:38dikenakan sekatan oleh Amerika berhubung pelibatannya dalam aktiviti berkaitan peluru berpandu Iran.
01:43Terima kasih kerana menonton!

Recommended