00:00Kualiti udara Singapura bertambah baik pada ahad susulan perubahan arah angin yang kini bertiup dari selatan.
00:06Namun, jerebu yang masih berterusan menyebabkan indeks pencemaran udara atau PSI 24 jam kekal pada paras tidak sihat antara 106
00:16hingga 186.
00:21Agensi Alam Sekitar Kebangsaan atau NEA dalam laporan Harian Ramalan Cuaca dan Jerebu memaklumkan jerebu asap dari Kalimantan terus bergerak
00:31ke arah Singapura, manakala jerebu turut dikesan di Sumatera.
00:35Setakat tujuh malam, data NEA menunjukkan bacaan kepekatan PM 2.5 bagi tempoh sejam berada antara 37 hingga 69, iaitu
00:46dalam julat normal dan meningkat.
00:49Menurut agensi itu, bagi Isnin, hujan diramalkan di Singapura dan kawasan sekitarnya.
00:55Angin dijangka bertiup dari selatan tenggara atau selatan yang mungkin mengehadkan pergerakan jerebu asap dari Kalimantan ke Singapura.
01:05Bagaimanapun, sebahagian jerebu asap dari Sumatera mungkin bergerak ke arah Singapura.
01:11Menurut NEA lagi, PSI 24 jam diramalkan berada antara 101 hingga 190 pada Isnin.