Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Iran menyatakan kesediaan membantu menjayakan dialog antara Arab Saudi dan Yaman bagi mencari penyelesaian aman terhadap konflik yang berlarutan.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Iran sedia membantu menghentikan konflik antara Arab Saudi dan Yemen menerusi usaha dialog dan diplomasi.
00:08Menteri luarnya, Syed Abbas Araqci menyatakan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badir Abdelhati, di luar
00:16mesyuarat ke-52 Majlis Menteri-Menteri Luar OIC di Baghdad.
00:22Menurut Syed Abbas, pengalaman selama 12 tahun membuktikan bahawa tiada penyelesaian ketenteraan yang mampu menambahkan konflik di Yemen.
00:29Beliau menegaskan Iran kekal komited terhadap diplomasi, keamanan serantau dan usaha mengurangkan ketegangan di Asia Barat.
00:36Syed Abbas turut mengingatkan bahawa beliau sebelum ini telah menyuarakan kesediaan Teheran untuk membantu memulakan dialog antara Arab Saudi dan
00:44Yemen menerusi perbualan telefon dengan Menteri Luar Arab Saudi pada 11 Oktober lalu.
00:48Tawaran pengantaraan itu dibuat ketika ketegangan antara Arab Saudi dan kumpulan Houthi semakin meningkat.
00:54Konflik berkenaan menyaksikan peningkatan operasi udara Arab Saudi ke atas kawasan dikuasai Houthi dan serangan peluru berpandu dan drone yang
01:02menyasarkan lapangan terbang dan kemudahan tenaga di negara itu.
01:05Usaha diplomatik itu dilihat sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan ketegangan dan menggalakkan penyelesaian aman terhadap krisis yang berlarutan lebih
01:14sedekat.

Recommended