Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Kerajaan Itali meluluskan langkah keselamatan baharu susulan kekacauan di beberapa bandar serta mengerahkan 500 anggota tentera tambahan ke Milan.
Transcript
00:00Kerajaan Itali meluluskan paket selangkah keselamatan baru susulan kekacauan berlanjutan yang menyaksikan pertembungan dengan polis, kegiatan merompak dan vandalisme.
00:09Langkah yang turut menyasarkan pesalah bawah umur itu memperkenalkan kesalahan baru iaitu penyertaan ganas dalam demonstrasi selain hukuman lebih berat
00:18terhadap perusuh.
00:21Ibu bapa juga boleh dikenakan tanggungan kewangan serta merta sekiranya anak mereka terlibat dalam kegiatan vandalisme dan rompakan.
00:28Kerajaan turut mengerahkan 500 anggota tentera tambahan ke Milan untuk bekerjasama dengan pasukan polis bagi memperketat kawalan keselamatan sehingga akhir
00:37tahun.
00:38Langkah itu diambil selepas ratusan penunjuk perasaan bertopeng yang kebanyakannya dipercayai golongan bawah umur membakar tong sampah dan merompak kedai
00:47di Milan serta beberapa bandar lain hujung minggu lalu.
00:50Demonstrasi berkenaan pada mulanya berlangsung secara aman bagi membantah kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sarih hidup.
00:57Perdana Menteri Giorgia Meloni berkata fenomena golongan muda merosakkan harta benda mencuri dan merakam perbuatan mereka perlu ditangani syarih siris
01:06agar tidak menjadi ikutan.
01:08Dalam perkembangan berasingan, protes pengusaha pengangkutan berhubung peningkatan kos bahan api dan pengangkutan menyebabkan kekurangan barangan asas di sesetengah kedai
01:18serta barisan panjang di stesen minyak di selatan Itali.
01:22Terima kasih telah menonton!

Recommended