Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Empat PPS baharu dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama susulan hujan lebat berterusan. Setakat malam Sabtu, 347 mangsa daripada 122 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara.
Transcript
00:00Seramai 347 mangsa ribut dan banjir di daerah larut, matang dan selama LMS ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara PPS
00:09setakat malam Sabtu.
00:11Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Pirat memaklumkan 4 PPS baru dibuka selepas beberapa kediaman di kampung Cangkat Ibol, kampung
00:20Batu Sembilan Trong dan Matang,
00:22dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak petang Sabtu.
00:25Menurutnya, 4 PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Cangkat Ibol, Dewan Masjid Al-Wustah Batu VIII, Dewan Perdana Trong dan
00:34SK Matang Gelugur yang dibuka mulai 6 petang.
00:374 PPS itu menempatkan 291 mangsa banjir daripada 101 keluarga dari 4 kawasan yang dilanda banjir.
00:44Menurut Sekretariat itu lagi, PPS di SK Cangkat Ibol yang dibuka pada jam 6 petang menempatkan 127 mangsa daripada 40
00:51keluarga,
00:52manakala PPS Dewan Masjid Al-Wustah yang dibuka 6 petang, 112 daripada 46 keluarga.
00:59Bagaimanapun, jumlah mangsa di PPS Dewan Perdana Trong masih belum dikemas kini setakat malam tadi,
01:04sementara PPS SK Matang Gelugur pula menempatkan 52 mangsa dari 15 keluarga.
01:10Kedua-dua PPS itu dibuka pada 8.30 malam bagi menempatkan mangsa banjir dari kawasan Trong dan Matang.
01:15Jumlah mangsa ribut di PPS SK Matang yang dibuka sejak Rabu lalu kekal dengan 56 mangsa daripada 21 keluarga setakat
01:23malam Sabtu.

Recommended