Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu setiap daerah di negeri itu membangunkan dan memperkenalkan produk pelancongan sendiri sempena Tahun Melawat Sabah 2027.
Transcript
00:00Tahun depan, tahun melawat Sabah, setiap daerah di negeri di bawah bayu ini ada identiti, budaya dan produk tersendiri.
00:07Justeru Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Jinur mahu keunikan dibangunkan dan diperkenalkan sebagai tarikan kepada pelancong terutama dari luar
00:17negara.
00:20Mengambil contoh Kota Belut, Haji Jinur berkata daerah berkenaan mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan menerusi keunikan budaya, tradisi serta
00:29keindahan alam semula jadi.
00:31Kota Belut adalah antara destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan termasuk pengembaraan, rekreasi, budaya dan alam semula jadi yang menarik
00:46untuk diterokai termasuk di pulau dan sungai.
00:51Malah daerah Kota Belut telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kinabalu, UNESCO Global Geopark sejak Mei tahun 2023.
01:07Ini menunjukkan potensi besar daerah ini dan seterusnya Sabah sebagai destinasi pelancongan.
01:17Usaha itu diharap dapat memastikan manfaat sektor pelancongan turut dinikmati pengusaha inap desa, petani, penternak, peniaga kecil, pengusaha makanan serta
01:27penggiat kraftangan.
01:28Haji Jinur berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tamu Besar Kota Belut 2026.
01:34Tambahnya Tamu Besar Kota Belut yang berusia 148 tahun turut menjadi antara acara tahunan penting dalam kalender pelancongan Sabah.
01:42Tamu Besar Kota Belut juga merupakan antara acara tahunan yang penting dalam kalender pelancongan Sabah.
01:52Keunikan budaya tradisi, makanan tempatan, kraftangan dan suasana kehidupan masyarakat setempat mempunyai nilai tarikan yang tinggi kepada pelancong.
02:07Malah Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut mengiktiraf Kamu Besar Kota Belut sebagai acara khazanah dan budaya yang
02:23mempunyai nilai penting dalam landscape pelancongan Sabah.
02:28Tambah Haji Ji, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Kota
02:36Belut selaras Rancangan Malaysia ke-13 dan Pelan Pembangunan Sabah Majlijaya 2.0.
02:43Terima kasih kerana menonton!

Recommended