00:00Seterusnya, Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS
00:08bagi mendepani cabaran ekonomi global, menurusi peningkatan akses pembiayaan, pengurangan kos dan penambahbaikan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
00:17Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Stephen Sim Chee Kiong berkata,
00:21Kementerian itu antara lain diterjemah menurusi penyediaan kemudahan pembiayaan berjumlah RM57 bilion kepada sektor berkenaan, meningkat daripada RM50 bilion sebelum
00:30ini, sekaligus mencatatkan jumlah tertinggi dalam sejarah.
00:35Beliau berkata kerajaan menyedari tekanan dihadapi PMKS susulan ketidaktentuan ekonomi global termasuk peningkatan kos tenaga dan gangguan rantaian bekalan yang
00:44berada di luar kawalan negara.
00:45Sim teruk menyentuh langkah berkaitan pelaksanaan kerajaan gaji minimum terbaharu yang memberi pengecualian kepada PMKS.
00:52Bagaimanapun, beliau berkata, usaha mengurangkan beban majikan tidak bermakna kerajaan mengetepikan matlamat untuk menyediakan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat
01:00Malaysia.
01:01Sim berkata kejayaan PMKS adalah antara penentu penting kepada prestasi ekonomi negara.
01:06Justeru beliau optimis, 2027 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi sektor itu di Malaysia, disokong pelbagai inisiatif kerajaan dan
01:14daya tahan usahawan tempatan.