00:00Sekurang-kurangnya 27 pelajar dan seorang guru maut selepas bumbung sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan runtuh pada Khamis.
00:07Kebanyakan pelajar yang terkorban berusia bawah 13 tahun manakala pihak berkuasa bimbang angka korban meningkat.
00:14Jurucakap Hospital Lady Reading Muhammad Asim berkata, kebanyakan mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan sudah meninggal dunia manakala 20 individu
00:23lain dilaporkan cedera.
00:24Kejadian berlaku di Sekolah Swasta Al-Hair Education Center yang terletak di kawasan Deer Colony di Bandar Utara Pakistan.
00:32Menurut pegawai kerajaan Bilal Faizi, pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan membawa mereka yang cedera ke hospital.
00:41Seorang pegawai penyelamat berkata bumbung di tingkat atas bangunan itu runtuh menimpa bumbung tingkat pertama sebelum struktur berkenaan menghempat pelajar
00:49yang berada di dalam kelas.
00:56Terima kasih telah menonton!