00:00Kabinet Jerman pada Rabu meluluskan garis panduan dasar bagi meningkatkan perlindungan kanak-kanak dan golongan muda dalam talian,
00:07termasuk larangan di peringkat kebangsaan terhadap penggunaan rangkaian sosial oleh mereka yang berusia bawah 13 tahun sehingga peraturan Eropah berkuat
00:15kuasa.
00:15Langkah yang di rancang itu memberi tumpuan kepada perlindungan kanak-kanak daripada bahaya dalam talian,
00:20meningkatkan kemahiran mereka menggunakan peralatan digital dengan cekap serta menyokong penyertaan mereka dalam dunia digital.
00:28Langkah itu susulan laporan akhir Suruhanjaya Pakar Bebas yang mengemukakan 56 syur pada bulan lepas.
00:34Menurut Menteri Pendidikan dan Halewal Keluarga, Karin Prien, menerusi rangka kerja baharu itu,
00:39kerajaan persekutuan mewujudkan asas bagi memastikan kanak-kanak dan golongan muda juga dapat membesar dengan selamat serta berdikari dalam dunia
00:47digital.
00:48Di bawah peraturan baharu itu, kanak-kanak berusia bawah 13 tahun secara umumnya dilarang menggunakan rangkaian sosial seperti TikTok, Snapchat
00:55atau Instagram.
00:56Hanya platform yang direka khusus untuk kanak-kanak akan dibenarkan.
01:00Bagi remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun, peraturan itu akan menetapkan had berbeza mengikut peringkat umur.
01:07Kerajaan terus merancang untuk melaksanakan pengesahan umur yang boleh dipercayai mulai 2007 melalui pelaksanaan dompet identiti digital Kesatuan Eropah EU
01:15di Jerman yang dikenali sebagai DU.
01:18Jerman juga akan mendesak platform digital supaya menghentikan penggunaan reka bentuk yang mendorong ketagihan secara lalai.
01:24Dalam rundingan mengenai akta kanak-kanak EU, Berlin mahu sistem pengesuran algoritma dimatikan secara otomatik serta langkah diambil bagi mencegah
01:33ciri yang menggalakkan aktiviti menatal tanpa henti atau penggunaan secara kompulsif.
01:38Terima kasih telah menonton!