00:00Pelabur China menunjukkan minat untuk membawa pelaburan berskala besar dalam sektor pengeluaran aluminium ke kawasan perindustrian Samalaju di Bintulu, Sarawak.
00:12Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu berpotensi memperluas kapasiti pengeluaran produk berasaskan aluminium untuk kegunaan
00:21sektor pembinaan, automotif dan industri lain, serta menembusi pasaran baru di peringkat global.
00:26Menurutnya, pelaburan berimpak tinggi itu adalah antara perkara yang dibincang ketika bertemu pelabur dan ahli perniagaan China pada Rabu dalam
00:34lawatan kerja beliau ke negara berkenaan.
00:40Banyak bidang yang telah dikenal pasti tetapi saya akan membantu miti dan memberi fokus kepada bidang pengeluaran berasaskan pada teknologi
00:52tinggi.
00:52Umumnya, terdapat minat daripada mereka untuk melabur di Samalaju Bintulu di kawasan industri dan mereka akan membawa pasaran yang telah
01:08mereka ada dan juga menerobos pasaran baru bagi pengeluaran produk itu dapat dipasarkan di seluruh dunia.
01:17Dan pelaburannya dijangka sangat-sangat besar.
01:22Katanya, usaha menarik pelabur China adalah sebahagian daripada pendekatan dalam menggalakkan kemasukan pelaburan ke kawasan luar bandar, khususnya dalam sektor
01:32pengeluaran berteknologi tinggi.
01:34Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, pelaburan itu masih tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri Sarawak serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, MITI.
01:45Sehubungan itu, beliau akan memaklumkan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan MITI mengenai usaha menyediakan pusat sehenti bagi memudahkan pelabur
01:55China merealisasikan pelaburan mereka di Malaysia.
01:58Tambah beliau, kemasukan pelaburan itu bukan sahaja berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda, malah memukar ruang kepada pemindahan teknologi
02:08dan pembangunan kemahiran teknikal melalui institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVED.
02:15Terima kasih kerana menonton!