00:00Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris Tuanku Munawir menegaskan, adat tidak boleh dipertahankan dengan melanggar aturan adat itu
00:09sendiri, khususnya dalam menangani sebarang pertikaian berkaitan kedudukan dan pewarisan takhta.
00:15Baginda bertitah tindakan pihak tertentu yang mencetuskan pertikaian terhadap aturan warisan atas alasan mempertahankan adat, bukan sahaja berisiko menjejaskan kewibawaan
00:28institusi adat dan istana, malah boleh menggugat kestabilan negeri.
00:35Titah itu dizahirkan Tuanku Muhris pada istiadat menghadap bagi menzahirkan kejadian Dato' Azrin Khairi sebagai Undang Luak Jelebu ke-17
00:44yang membawa gelaran Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman di Istana Besar Seri Menanti pada Rabu.
00:50Baginda menegaskan sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau pewarisan takhta perlu diselesaikan berdasarkan adat dan undang-undang yang berkenaan, bukannya didorong
01:02kepentingan atau kehendak pribadi pihak tertentu.
01:05Sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau pewarisan takhta mestilah diselesaikan berdasarkan adat dan undang-undang yang berkenaan, bukannya mengikut kepentingan atau
01:22kehendak pribadi.
01:24Sehubungan itu, pihak-pihak yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengambil tindakan sehingga menimbulkan pertikaian terhadap aturan warisan atas alasan
01:39mempertahankan adat, perlu memahami bahawa adat tidak boleh dipertahankan dengan melanggar aturan adat itu sendiri.
01:52Tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan kewibawaan institusi adat dan istana, malah berisiko menggugat kestabilan negeri.
02:04Dalam istiadat itu, Datuk Azmin Khairi dimahsyurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 bagi menggantikan Datuk Ma'ruf Mak Rashad
02:13yang diumumkan telah terlucut mengikut adat dan tradisi luak jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023.